“Selama ni aku dah bangga dia berlakon Sembilu” Azhan Rani ‘Sound’ Zed Zaidi

Baru-baru ini hangat diperkatakan di media sosial apabila Zed Zaidi selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia mengeluarkan kenyataan mengenai drama tempatan.

Beliau mendakwa drama siri tempatan gagal berada dalam stesen TV Indonesia disebabkan tahap kualiti yang dianggap syok sendiri.

Zed Zaidi mendakwa tahap kualiti drama tempatan syok sendiri

Kenyataan tersebut turut mengundang kemarahan salah seorang pelakon tanah air negara Azhan Rani.

Malah pelakon ini menerusi laman Instagram miliknya turut berkongsi paparan skrin waktu tayangan terbaharu drama siri lakonanya Nur yang sebelum ini siarannya ditarik semula selepas episod pertama.

Acik presiden kata drama aku berlakon syok sendiri

“Acik presiden tu kata drama aku berlakon tu syok sendiri. Tapi kenapa ada jadual baru tayangan Nur sekarang ni kat sana setelah ditayangkan dua pagi. Tayang di dua stesen TV pula tu.”

“Memang ada orang berlakon sebab nak glamour. tapi bukan semua pelakon macam tu. nawaitu kita berbeza.”

Selepas dihentikan tayangan pada episod pertama, drama Nur lakonan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli kembali bersiaran di stesen televisyen Indonesia bermula Sabtu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

Siapa buat drama NUR untuk tayangan indonesia

“Kekdahnya takde siapa buat drama #NUR ni untuk tayangan indonesia, takde siapa suruh jual ke sana.”

“Yang paling penting kalau gah sangat drama tu kat sana pun tuan president tu nak berjuang ke hak aku yang kena bayar keahlian seniman yang setakat menang tepuk je ni.”

“Selama ni aku dah proud dah dia berlakon sembilu. Bila dia yang jadi sembilu terus aku tak proud dah lagi.”

Kenyataan Zed Zaidi tidak berasas

Sementara itu, menurut Shahrulezad, dia tidak pernah memaksa mana-mana stesen TV untuk membeli drama Nur.

Malah keputusan untuk menarik semula tayangan di Indonesia itu pun bukan atas permintaannya.

Shahrulezad juga menganggap kenyataan yang dikeluarkan Zed Zaidi itu tidak berasas dan hanya menjawab soalan daripada wartawan tanpa pengetahuan info sebenar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)

Drama ini hanya untuk peminat drama Melayu

“Guys. Dikatakan drama abam syok sendiri Sukahati lah. I dont want get involve with this polemic. Jalan terus jer dak ijat. Kata kata begini tak akan jadi kudis bagi diri abam.”

“Semua org berhak memberikan pendapat memasing. Lagipun abam bukan buat drama just to please semua org termasuk sangap nak ke luar negara bagai.”

“Abam buat drama hanya untuk peminat drama Melayu khususnya peminat drama Radiusone.FYI, Yg meniru idea drama abam bukannya abam tapi dari derang.”

Stesen diorang yang beria nak beli sampai dua season

“Yg nak beli drama abam bukannya abam yg paksa tapi stesyen derang yg beria ia nak beli syndicated right sampai dua season.”

“Dan yg decide tak nak tayang padahal baru first eps pun bukan abam yg suruh.”

Desakan peminat seberang marah drama Nur dihentikan tiba-tiba

“Tu pun abam dengar derang akan tayangkan semula drama Nur dengan schedule yg lebih adil katanya.”

“Semuanya gara2 desakan peminat drama Nur dari seberang yg ‘marah’ bila drama Nur dihentikan tayangan secara tiba tiba.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)

Semua perhatian ini adalah rezeki dari Allah 

“You know what. Actually abam tak kisah pun kalau drama abam ni cuma gah di negara sini sbb abam bukan buat drama hanya untuk membuktikan drama abam bagus.”

“Semua perhatian ini adalah rezeki dari Allah semata. Walau hanya lima org yg menontonnya tapi kalau yg menontonnya ikhlas menyokong dan mendapatkan kebaikan dari drama abam alhamdullilah.”

Ianya hak milik mutlak TV3

“Senang cerita abam tak terlalu ghairah pun nak jadi hero atau pelopor dalam mengeksport drama abam keluar negara sbb hak drama ni bukan di atas tangan abam lagi.”

“Ianya hak milik mutlak TV3. TV3 dan stesyen2 lain yg patut bekerja keras export drama Malaysia ke luar bukan asyik la dok beli drama luar bawak masuk ke dalam.”

“Stesyen TV dan kerajaan theu Finas yg patut berusaha keras eksport drama kita keluar. Org macam abam dan rakan2 karyawan lain cuma focus hasilkan yg terbaik sahaja.”

Dia main bantai je apa dia nak cakap

“Pasal statement shallow Zed Zaidi abam cuma mampu gelak jer. He know nothing pasal issue drama Nur kenapa dikatakan gagal menembusi pasaran di sana.”

“Abam percaya dia main bantai jer apa dia nak cakap. Blur! Janji aku kena jawab soalan reporter ni sbb kalau dia tak jawab nampak sangat dia bodoh kan.”

Difahamkan, selepas dihentikan tayangan pada episod pertama, drama Nur lakonan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli kembali bersiaran di stesen televisyen Indonesia bermula Sabtu.