“Neelofa ni memang sejenis laparkan perhatian,” Pengarah Nur Luah Pandangan Isu Rentas Negeri

Pengarah drama popular, Shahrulezad Mohameddin menyarankan serta menasihati selebriti sensasi, Neelofa, 32, supaya memperlahankan seketika aktivitinya yang kini begitu aktif di media sosial.

Shahrulezad dalam hantarannya yang dikongsi di Facebook, meminta Neelofa berbuat demikian kerana bekas pengacara program MeleTop itu dan suaminya, Harris Ismail atau PU Riz, begitu menjadi perhatian ramai ketika ini terutama netizen.

Harap tak ambil hati

“Saya tegur dan beri nasihat ini kerana ambil berat. Harap, dia (Neelofa) tak ambil hati. Nasihat ini, saya tujukan juga kepada kawan artis dan selebriti lain.

“Kalau dapat rentas negeri tu, senyap-senyap sudah. Tak payah nak kongsi segalanya di media sosial masing-masing. Setakat beli karpet je pun.

“Netizen bukannya suka sebab kebanyakan netizen tak dapat kelebihan yang sama macam kamu semua yang boleh sewenang-wenangnya rentas sana sini atas gelaran selebriti. Tolong jangan bangkitkan kemarahan orang ramai,” katanya.

Berbicara juga mengenai tindakan Neelofa yang hangat diperdebatkan netizen berikutan dakwaan merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Negeri Sembilan itu, Shahrulezad berkata dia kadang-kala berasa usahawan terkenal itu mempunyai sikap ‘laparkan’ perhatian.

Lapar perhatian

“Kadang-kadang, saya rasa Neelofa ni memang sejenis craving (laparkan) perhatian sebegini. Sengaja cari masalah. Sikit punya banyak kedai karpet di Kuala Lumpur, yang kau gigih merentas sampai ke Nilai tu, dah kenapa?

“Tu satu hal la. Cuma, kenapa memuat naik video di Instagram Story tu dan kemudian padam. Kau tak tahu ke netizen kita ni semua sejenis ikan jerung laparkan darah, yang pantang ko buat silap?

“Minggu lepas, kau muat nak gambar burger, lepas tu padam. Orang kecam, kau dengan ayat pijak semut tak mati cakap netizen bersangka buruk pada kau. Lepas tu, buat benda sama lagi sekarang. Kau dah kenapa? Suka ek orang kecam cerca macam ni? Lapar ek?,” katanya.

Menurut Shahrulezad, kini tiba masanya dia bersuara untuk memberi teguran dan nasihat. Katanya, alang-alang Neelofa kini berniqab, maka lagi lebih baik dia ‘niqab’ sekali media sosialnya.

Katanya, dengan imej baik yang ditunjukkan Neelofa itu juga tidak sepatutnya dikecam. Imej sepertinya itu patut disayangi ramai dan bukan semakin dibenci kerana tindakan diri sendiri.

Niqab sekali media sosial awak

“Abam dah tak larat nak backing ko dik. Nasihat abam. Dah alang alang nak berniqab satu badan tu awak ‘niqab’lah sekali media sosial awak tu. Back off a bit.

“Jangan meminta sangat cacimaki orang Lofa sayang. Tak kesian dengan diri sendiri ker? Bulan poser ni dik. Abam cakap ni bukan sebab abam nak benci atau suka suka kecam Lofa.

“Aku cakap ni sebab aku dah tak larat tgk org buat dosa mengata kau mengeji kau sedangkan imej mulia mulia kau tu sepatutnya tidak dikecam begitu begini.

“Imej imej seperti ini sepatutnya disayangi ramai bukannya semakin dibenci disebabkan telatah sebegini. Pas satu satu perangai kau buat.

“Abam kesian tempiasnya turut terkena pada golongan niqabist yg lain. Apatah lagi pada golongan artis yg sememangnya di pandang serong sokmo turut rasa panas yg sama.”

Semalam, Neelofa terus mencetuskan ‘isu panas’ untuk diperdebatkan netizen di media sosial apabila kali ini dia didakwa ‘merentas negeri’ lagi ke Pusat Perniagaan Nilai 3 di Negeri Sembilan.

Muatnaik video di Instagram

Terdahulu, Neelofa ada memuat naik video di Instagram Story yang menunjukkan dia berada di sebuah kedai karpet yang lokasinya disyaki netizen di Nilai 3, sebelum bertindak memadamkannya.

Ternyata, bekas pengacara program MeleTop itu sekali lagi mengundang sensasi pada kalangan warganet apabila didakwa ‘merentas negeri’ pada ketika seluruh Selangor dan Kuala Lumpur masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Rata-rata netizen di media sosial bengang dan ‘panas hati’ dengan tindakan Neelofa bersama suaminya, PU Riz meskipun mereka baru didenda sebanyak RM60,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPB ketika majlis perkahwinan yang berlangsung 27 Mac lalu.

Sehingga artikel ini ditulis masih tiada sebarang respon dari Neelofa ataupun suaminya.