Merupakan pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai radio yang berkecimpung dalam dunia hiburan sejak tahun 2009, Jep mula popular selepas memenangi pertandingan realiti komedi, Raja Lawak 3 menerusi kumpulan Sepah yang turut dianggotai Shuib dan Mamat. Mereka juga merangkul gelaran juara Maharaja Lawak 2011.
Sehingga sekarang, sebut sahaja nama Jep Sepahtu tentu tergiang-giang dengan punchline lawaknya yang bersahaja. Dia duduk diam sahaja pun orang sudah ketawa melihatnya.
Tahun ini namanya semakin menginjak naik dan popular apabila viral di laman media sosial dengan perangai lucunya di Sepahtu Reunion Live 2022. Manakan tidak, ada sahaja ‘akal’ yang dibuatnya sehingga penonton tidak kering gusi.
Baru-baru ini, dia menjadi bualan ramai apabila dilihat ‘terdiam’ mendengarkan puncline yang diberi oleh salah seorang penonton.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @skyjuicez84 , difahamkan rancangan Sepahtu sedang melakukan sesi ramah mesra bersama peminat. Jep bertanyakan soalan kepada salah seorang penonton di situ yang berasal dari Brunei dan datang ke Malaysia semata-mata untuk menghadari Sepahtu Reunion Live 2022.
“Oh malam ni balik, naik flight?” tanya Jep.
“Eh tak, naik kapal terbang” jawapan penonton itu dengan ‘confident’.
Terkejut dengan jawapan yang diberikan, Jep hanya mampu diam dan membuatkan rata-rata penonton di situ bersorak dan bergelak ketawa.
Meninjau di rusngan komen, rata-rata warganet mengatakan Jep sudah ‘terkena’ kerana sebelum ini hanya dia sahaja yang melakukan lawak sebegitu.
Bukan itu sahaja, mereka juga terhibur dengan jawapan yang diberikan oleh penonton itu dan ada yang berseloroh mungkin selepas ini dia akan menjadi artis jemputan Sepahtu Reunion.
Antara komen warga netizen di laman TikTok:
“Terdiam Jep”
“Tak pasal pasal nnati jadi artis jemputan sepahtu reunion nanti..”
“Jep kena..selalu dia kena kan orang..”
“Baru jep rasa macam mana dia buat punchline macam tu..”
Video yang tular di laman TikTok: