Diangkat Jadi Penyanyi Gara-Gara ‘Famous’ Di Sosial Media, Ziana Zain Tampil Bersuara

Sejak kebelakangan ini, sudah menjadi ‘trend’ apabila seseorang individu yang viral di media sosial akan diangkat sebagai pelakon ataupun penyanyi malah ada di antara mereka yang menceburi bidang tersebut tanpa latihan dan bukanlah kerana bakat namun kerana mereka sudah popular.

Namun, baru-baru ini Ziana Zain tampil bersuara dan meluahkan rasa kembimbangan berkenaan isu individu viral yang diangkat menjadi artis. Mereka dipandang berdasarkan jumpah penonton yang ramai dan bukan dari bakat.

Menurut laporan mStar, Ziana Zain berkata isu sebegini perlu dipandang serius supaya industri hiburan dapat melahirkan penyanyi yang berkualiti serta berbakat untuk menjadi pelapis pada masa akan datang. Bukan sekadar memandang populariti di laman sosial semata-mata.

“Inilah teknologi ya, ada kelebihan dan keburukan sebab jika bernasib baik yang tular tu boleh menyanyi Alhamdulilah, tapi yang tidak boleh menyanyi tu, kami selaku penyanyi senior ni berfikir macam mana boleh keluar radio.”

“Adakah sebab dia tular dan punyai like sehingga sejuta dan lagu itu harus diputarkan di radio? Lalu menjadi hit, siapakah yang patut bertanggungjawab?” katanya.

Penyanyi ini juga berkata, sebagai seorang pengiat seni yang sudah lama bertapak dalam bidang itu dia mempunyai hak untuk bersuara.

Jika hanya setakat melihat pengikut di media sosial itu seumpama tindakan yang tidak masuk akal kerana dia juga boleh melakukan sebegitu namun itu bukanlah caranya.

“Mungkin dulu saya tidak berani bersuara tapi sekarang saya sudah berada lama dalam industri jadi perlu untuk bersuara, sebab kalau nak bersandarkan jumlah pengikut di media sosial, semuanya boleh dibeli, saya pun boleh beli pengikut tetapi itu bukan cara saya,” tambah Ziana kepada mStar.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen juga turut bersetuju dengan kembimbangan mengenai isu individu yang viral menjadi penyanyi.

Antara komen warga netizen di laman Facebook:

“Takpe kak ziana, u tetap legend di mata saya yang naik dengan cara tak bermaruah tu tak mungkin kekal lama…”
“Sekarang memang terlalu kejar kuantiti  berbanding kualiti..even ramai artis berbakat besar pun struggle betul nak perkenalkan lagu baru..”


“Betul apa yang kak ziana cakap. Sebagai pendegar pon saya jadi serabut bila dengar lagu lagu baru yang lirik dan muzik ntah apa apa ”

“Betul sangat, kadang kadang content ntah apa apa disebabkan nak cepat femes sanggup langgar adat budaya..”