Sekumpulan Gadis Lari Tak Cukup Tanah Dikejar Anjing, Komen Netizen Pula Undang Dekah!

Di Malaysia memang banyak anjing apatah lagi anjing liar yang berkeliaran. Jadi tidak hairanlah ramai diantara kita mempunyai pengalaman dikejar oleh anjing terutamanya yang sedang memandu ataupun berjalan kaki.
Iospital phone repair gombak
Pasti ngeri bukan? ada yang sempat melarikan diri, ada yang seinci lagi nak digigit dan yang lebih parah ada juga yang pernah digigit oleh anjing.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana sekumpulan gadis bertempiaran lari kerana dikejar seekor anjing mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh salah seorang gadis tersebut di laman TikTok @amisahafli, difahamkan mereka sedang membasuh baju mereka di dobi.

Namun, mereka semua dilihat keluar dobi untuk melihat bunga api pada malam raya Tahun Baharu Cina.

Bagaimanapun situasi bertukar cemas apabila seekor anjing datang seolah sedang mengejar mereka.


Mereka yang pada ketika itu sedang takut terus ‘buka langkah seribu’ untuk menyelamatkan diri sambil ketawa terbahak-bahak.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat mereka yang lari tak cukup tanah apatah lagi bila ada yang memakai baju kurung dan kain.

“Dia punya gelak sama macam bunyi kereta aku kalau sakitnya datang menyerang” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga yang berdekah melihat suara tukang rakam yang seakan kehabisan nafas dek kerana tidak dapat menahan ketawa melihat rakannya lari.

Antara komen warga maya:

“Anjing : weyyy kenapa? cerita lah cerita lah!! aku nak tau jugak !! kenapa semua lariiii”

“Anjing tu ingat tengah main dengan dia kot hahaha”


“Anjing tu ingat korang ajak main lari2”

“Macam biasa cameraman sentiasa selamat”

“Au pula yang rasa semput dengar dia gelak tenggelam timbul ni”

“Yang gelak ni nak start enjin kereta ke?


Video yang tular di laman TikTok:

@amisahafli Niat hati nak tngok bunga api, eh tpi lain yg jadiii 😭😭😂😂 #cny #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #kkcity ♬ bunyi asal – MI TAMBAH SAH ✨