Dapat Hot Americano Cawan Kecil, Barista Kena Tengking Walhal Hanya Ikut SOP Buat Ramai Berang!

Bekerja di dalam suasana ‘Food & Beverages (F&B) semestinya banyak cabaran yang harus ditempuh.

Iospital phone repair gombak

Hal ini disebabkan sebagai pekerja F&B, mereka harus berhadapan dengan berbagai-bagai karenah pelanggan mereka.

Begitu juga dengan kes yang tular baru-baru ini di laman TikTok dan kemudian tular di platform Twitter sehingga mencuri perhatian ramai pihak.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang barista terpaksa berhadapan dengan isu seorang pelanggan yang tidak berpuas hati kerana menerima cawan kecil untuk pesanannya iaitu ‘Hot Americano’.

Pelanggan tersebut memarahi barista tersebut sehinggakan menjerit kerana dakwanya sebelum ini, dia pernah menerima saiz cawan yang lebih besar dan bukannya yang bersaiz kecil sebegini.

“Apa benda korang buat ni, panggil boss keluar. You supervisor, you tak tahu? You panggil SOP, bullshit punya SOP. You jangan tunjuk saya SOP, sebelum tu boleh, sekarang tak boleh, double standard ke apa?” tengking pelanggan tersebut.

Barista wanita yang juga merupakan supervisor di kedai kopi tersebut hanya mampu menghadapi makian tersebut dan meminta maaf kepada pelanggan itu.

Akan tetapi, dia juga turut menjelaskan bahawa Americano di kedai tersebut memang hanya menawarkan saiz kecil sahaja.

Selepas tularnya video berkenaan, gadis tersebut turut tampil memberikan lebih penjelasan terhadap situasi tersebut menerusi video yang lain dimuat naik olehnya.

Difahamkan, video tersebut pada awalnya dirakam kerana pekerja kedai tersebut sememangnya perlu mengadakan ‘meeting’ antara mereka dan merekodkannya untuk dihantar sebagai bukti kepada bahagian pengurusan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mengkritik tingkah laku pelanggan tersebut.

Namun, ramai juga yang memuji sikap barista wanita itu yang menghadapi situasi tersebut dalam keadaan yang tenang.

Antara komen netizen:

Video yang tular: