Isu Pekerja Selamba Cuci Microwave Guna Mop, Kedai Serbaneka Popular Tampil Mohon Maaf

Jika disebut sahaja bab makanan, pastinya kita harus lebih menjaga kebersihan demi kesihatan diri sendiri.

Contohnya makanan tersebut tidaklah terdedah pada persekitaran yang kotor, bahan yang telah tamat tarikh luput bahkan cara penyediaannya juga perlu dalam keadaan bersih.
Iospital phone repair gombak
Pun begitu, dapat kita lihat di media sosial pada masa kini dimana ramai penjual seakan tidak menitik beratkan isu kebersihan makanan.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana aksi seorang pekerja di kedai serbaneka yang menggunakan mop untuk mencuci ‘microwave’ di dalam kedai nyata membangkitkan kemarahan orang ramai.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Twitter @AshrafChak, dapat kita lihat seorang staf yang bertugas sedang mengemas dan membersihkan peralatan di kedai serbaneka itu.

Namun apa yang membuatkan ramai loya tekak apabila dia dengan selamba mencuci microwave menggunakan mop.


Asyraf turut menyifatkan perkara itu sangat menjijikkan sekaligus meminta pihak pengurusan kedai serbaneka memantau isu terbabit dan mengambil tindakan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen geli melihat perkara tersebut malah ada juga bekas pekerja di kedai serbaneka itu mendedahkan mereka tidak pernah diajar untuk mencuci microwave menggunakan mop.

Antara komen warga maya:


Perkongsian yang tular di laman Twitter:

Oleh kerana isu tersebut tersebar dan telah menjadi bualan hangat di serata media sosial, pihak pengurusan kedai serbaneka popular itu telah tampil dengan permohonan maaf di Twitter.

Mereka juga akui insiden yang berlaku itu di mana ia jelas melanggar protokol kebersihan premis kedai terbabit sekaligus menjelaskan tindakan terhadap pekerja terbabit juga telah diambil.