“Saya menangis bila dengar..” Umie Aida Kongsi Kisah Berjumpa Neelofa Sebelum Berpurdah

Neelofa atau nama sebenar beliau Noor Neelofa binti Mohd Noor merupakan seorang pelakon, pengacara dan model wanita Malaysia.

Baru- baru ini, pengacara dan pelakon ini telah mengubah penampilan dengan mengenakan niqab atau purdah yang disambut baik oleh peminat termasuklah rakan selebriti.

Umie Aida sebak dengar luahan hati Neelofa

Antara rakan artis yang memuji perubahan Neelofa ialah pelakon Datin Seri Umie Aida yang turut mendoakan supaya urusan usahawan muda itu dipermudahkan.

Berkongsi cerita pertemuan dengan Neelofa baru-baru ini, Umie berkata dia sebak sehingga menitiskan air mata mendengar luahan hati bekas pengacara program MeleTOP itu.

Lofa, sungguh indah perjalanan hidupmu

“Ayat yang selalu keluar daripada mulut Me (Umie) setiap kali jumpa Lofa,  adalah Allah sayang kamu dik. Sungguh indah perjalanan hidupmu”.

“Baru-baru ni Me jumpa Lofa, Me menangis apabila dengar cerita indah daripadanya, sangat indah”.

Semoga Neelofa sentiasa dalam rahmatNya

“MasyaAllah, semoga Neelofa sentiasa dalam rahmat-Nya dan lindungan-Nya. Amin,” katanya menerusi Instastory pada Jumaat”.

Khamis lalu, Neelofa membuat keputusan untuk berniqab dalam usaha memperbaiki keperibadiannya menghadapi hari-hari mendatang.

Jelas pengacara program temu bual Next To Neelofa ini juga berharap semua pihak dapat mendoakan perjalanan baharunya agar sentiasa dilindungi Allah.

 

View this post on Instagram

 

Calling everyone to tell them about my new set of jewellery @swarovski #Swarovski #SparkDelight

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

Datin Noor Kartini turut luah rasa syukur  

Selain itu, ibu kepada Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohammed menerusi Instagram turut meluahkan rasa syukur dengan penghijrahan anaknya itu.

Antara rakan-rakan artis lain yang turut menyokong penghijrahan Neelofa ialah Yatt Hamzah.

Mendoakan agar dia dan kita kuat dalam hijrah dan istiqamah

“Semalam cari bahan-bahan untuk kongsi hari Jumaat, tiba-tiba wajahnya berniqab muncul di Instagram, terus sebak. Mendoakan agar dia dan kita semua kuat dalam hijrah dan istiqamah”.

“Teringat saat-saat awal dia berhijrah, dia kongsi masa berbual dalam telefon sebelum menjemputnya ke program Usrah Suci dulu. Such an inspiration” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

Smlm masa cari bahan2 utk share hari ini Jumaat, tiba2 wajahnya berniqab muncul di IG. Terus sebak, mendoakan agar dia dan kita semua kuat dlm hijrah & istiqomah.Teringat saat awal2 dia hijrah. Dia share msa berbual dlm telefon sblm menjemputnya ke program @usrahsuci dulu. Such an inspiration. . Maka INI HADIAH utk DIA & semua WANITA YG SDG BERJUANG. SOLEHAH . Wanita solehah itu aurat dijaga, Pergaulan dipagari, Sifat malu pengikat diri. Seindah hiasan di dunia ini. Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya. Kemanisan wanita solehah tidak terletak pada kemanjaannya Daya penarik wanita solehah itu bkn pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin. Dan bkn pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu. Bukan dan tidak sama sekali. Kepetahan wanita solehah, Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain. Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama. Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam. Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek. Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya. Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai. Wahai wanita jgn dibangga dengan kecantikan luaran, krn satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman.Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman, Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi Wahai wanita jgn berbangga dgn ilmu duniawi yang kau kuasai, krn ada lagi manusia yg lebih berpegetahuan darimu. Wahai wanita jgn pula berdukacita atas kekurangan dirimu, krn ada lagi insan yang lebih malang darimu. Wahai wanita solehah jgn dirisau akan jodohmu, Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya. Bersyukurlah diatas apa yang ada. Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama. Salam perjuangan buat sahabat, Wanita solehah @neelofa. “Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah” Doakan kita, seluruh wanita punyai kekuatan utk Hijrah dan Istiqomah. AAMIIN. #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #bondaYattshare #sharingiscaring #muslimah #hijrah

A post shared by BONDA of 5, 4 here 1 in HEAVEN (@yatthamzah_suci) on

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan semoga pelakon ini terus istiqamah dan mereka turut terharu dengan penghijrahan yang dilakukan beliau.

Semoga kisah ini menjadi contoh dan pengajaran bagi kita dalam sentiasa berubah menjadi lebih baik dari hari ke hari mendatang.