Pelakon Shah Radhi Hazvee Didakwa Larikan Isteri Orang, Ini Kenyataan Dari Pengurusnya

PENGURUS pelakon baharu Muhammad Shah Radhi Hazvee iaitu Leana Sharif memberitahu pihaknya akan memberikan kenyataan berkaitan dakwaan melarikan isteri orang selepas aktor itu dibebaskan oleh pihak polis. Leana Sharif berkata, dia tidak dapat mengulas buat sementara waktu kerana enggan mengganggu siasatan polis namun tidak menafikan kejadian yang heboh diperkatakan itu melibatkan pelakon drama Monalisa, Muhammad [...]

Pelakon drama Monalisa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas pertuduhan memikat isteri orang untuk melakukan persetubuhan Isnin lalu.

Muhammad Shah Radhi Hazvee yang berusia 24 tahun memakai baju t shirt belang hitam kelabu membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Farah Nasihah Annuar.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memikat wanita yang diketahui isteri yang sah kepada seorang lelaki untuk melakukan persetubuhan dengannya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Noor Azmi Yusoff berkata, lelaki berusia 24 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah.

Terdahulu, pengurus kepada pelakon tersebut iaitu Leana Sharif memberitahu pihaknya akan memberikan kenyataan.

 

View this post on Instagram

 

Saturdayvibes .

A post shared by Shah Radhi Hazvee (@shahhazvee) on

Leana Sharif berkata, dia tidak dapat mengulas buat sementara waktu kerana enggan mengganggu siasatan polis.

Isu pelakon baru bersama bekas pengurusnya

Namun begitu, dia tidak menafikan kejadian yang heboh diperkatakan itu melibatkan pelakon drama Monalisa, Muhammad Shah Radhi Hazvee bersama bekas pengurusnya.

“Shah direman malam tadi di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Ampang Jaya. Sekarang ni dia masih lagi dalam siasatan”.

“Saya tak boleh nak bagi apa-apa kenyataan kerana tak mahu mengganggu siasatan polis”.

Direman selama empat hari

“Dia akan direman selama empat hari. Selepas tempoh tahanan reman selesai, baru kami boleh keluarkan kenyataan”.

“Cuma, saya mengesahkan yang Shah memang ditahan,” ujar kepada mStar.

 

View this post on Instagram

 

Battery 🔋 phone berapa % ?

A post shared by Shah Radhi Hazvee (@shahhazvee) on

Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff mengesahkan pihaknya telah menahan suspek berusia 24 tahun di Taman Sering Ukay, Ampang, Selangor, pada Selasa.

Menurut beliau, pihaknya akan melakukan siasatan terhadap pemuda itu sehingga Sabtu ini.

Jika sabit kesalahan dia akan didakwa bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu Kelakuan Aib.

Isteri keluar rumah tanpa izin 

Selain itu menurut fakta kes, seorang suami berusia 38 tahun yang merupakan peniaga mendapati isterinya tiada dan keluar rumah tanpa izin bersama seorang lelaki yang dikenali, pada pukul 8 malam, Isnin lalu.

Suami tersebut mendapat tahu bahawa isterinya dan pelakon yang banyak membintangi drama tempatan itu telah berhubung dan suspek cuba memperdaya serta memikat isterinya untuk mendapatkan sesuatu.

Polis telah menahan reman suspek bermula pada Rabu sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut.

Disamping itu, Noor Azmi turut menasihati orang ramai agar perlu memastikan maklumat yang sebenar sebelum ia disebarkan dan hendaklah melalui sumber yang sah.