“Setia berdiri di tingkap hospital tunggu isteri bertarung nyawa,” Baru 10 Bulan Kahwin, Luluh Hati Suami Isteri Hamil ‘Pergi’

Kita semua sedar bahawa jodoh,ajal dan maut di tangan tuhan. Sesungguhnya semua yang hidup pasti merasai mati kerana ianya telah ditentukan oleh Allah SWT.

Apabila diuji dengan kepergian insan tersayang buat selamanya semestinya ianya perit untuk ditelan.

Namun, sebagai hambaNya yang bertaqwa kita haruslah redha dengan ketentuanNya.

Itulah yang dialami oleh wanita ini apabila dia dan keluarga terpaksa menerima hakikat bahawa adik kesayangan, Azrina Natasya Binti Zahidin telah pergi di jemput Ilahi buat selama-lamanya.

Individu yang dikenali sebagai Lyyn itu telah berkongsi berita sedih itu dalam beberapa video sepanjang pemergian arwah adiknya di akaun Tiktok miliknya.

Menurut Lyyn, arwah adik perempuannya yang sedang hamil 2 bulan itu, sudah tidak sedarkan diri sejak 31 Julai yang lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Berikutan dengan keadaan kesihatannya itu, arwah telah dimasukkan ke wad dan terpaksa menggunakan tiub pernafasan.

Lyyn turut berkongsi, arwah telah mendirikan rumah tangga sejak 10 bulan yang lalu dan kini arwah sedang hamilkan anak pertamanya dan suami.

Namun Allah SWT lebih menyayanginya dan arwah telah pergi buat selama-lamanya ketika diusia 20 tahun.

Lynn menyifatkan arwah adiknya sebagai seorang adik dan isteri yang sangat baik selain banyak membantu orang lain.

Rasa macam mimpi

“Masih lagi terasa hang ada dengan kami semua. Memang masih rasa macam mimpi semua ini. Semua cerita hang akan kongsi dengan aku.

“Minta makan macam-macam aku tunaikan tapi permintaan last hang nak makan roti sardin tak kesampaian.

“Hang dah janji nak kongsi baby hang dengan aku. Allahu, sungguh aku tak kuat.” Kata Lyyn.

@lynn_5905mnx doa smua sahabat kenalan doakan untuk arwah adik sy dan baby yg telah pergi menghadap ilahi…##fypシ ##biarnakaltapiberakal✌️✌️ ##jarangxpadu ##penang♬ Bila Tiba – UNGU

Luluh Hati Seorang  Suami

Hati suami mana yang tidak luluh apabila isteri yang dicintai tidak sedarkan diri. Lebih-lebih lagi isterinya sedang mengandungkan permata hati mereka yang pertama hilang sekelip mata.

“Syurga tempat mu syg”

@lynn_5905syurga tempat mu syg😭😭😭##fypシ ##biarnakaltapiberakal✌️✌️ ##jarangxpadu ##penangmariiiiiii♬ original sound – Fara Elfda

Menurut perkongsian video Tiktok Lyyn, suami arwah adiknya setia menemani sehingga nafas terakhirnya walaupun hanya boleh menunggu di luar tingkap sahaja.

@lynn_5905tlg doakan suami arwah adik sy kuat tempuh dugaan dan ujian allah😭##fypシ ##biarnakaltapiberakal✌️✌️ ##jarangxpadu ##penangmariiiiiii♬ original sound – Ajoi Zainal

“Alhamdulillah…selesai majlis tahlil untuk arwah adk tersayang…al-fatihah..cantik sungguh bidadari syurga saya.”

@lynn_5905alhamdulillah…selesai majlis tahlil untuk arwah adk tersayang…al-fatihah..cantik sungguh bidadari syurga sy😔##fypシ #♬ Denting – Fadhilah Intan ✨