“Masa muda dulu menyesal tak?” Didakwa Biadab Dengan Warga Emas, Usahawan Ini Buat Netizen Berang

Nama usahawan yang juga influencer secara tiba-tiba menjadi sebutan netizen selepas sebuah video beliau ‘menasihati’ dengan nada yang biadab seorang warga emas tular di media sosial.

Video tular berkenaan dikatakan dimuat naik sendiri oleh usahwan tersebut di Insta Stories akaun peribadi miliknya sebelum dipadam.

Namun, video berkenaan sempat disimpan oleh pengikutnya.

“Masa muda dahulu, menyesal tak tidak buat betul-betul? Masa muda dahulu menyesal tak banyak main? Korang bila tua nanti baru nak menyesal ke?” antara ‘nasihat’ yang keluar dari mulutnya.

“Pernah tak you all wish one day, tak kisah la agama you pray to God, “God show me the way how I want to change my life”. Pernah tak? What if TODAY is the God send me?” tambah usahawan tersebut.

Rata-rata netizen langsung tidak setuju dengan cara individu itu bercakap yang seolah-olah memperkecilkan golongan yang hidup susah, lagi-lagi video itu dirakam di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

“Kau takde dalam 64 tahun perjalanan hidup dia, so jangan tanya menyesal ke tak dulu. Mungkin hari yang dia jumpa kau tu hari yang dia paling menyesal. Adab jaga bro.”

“If my dad kena malukan macam ni pastu kena record i swear to god neraka jahanam tempat kau bodoh sial biadap nak mampos”

“Bro @carlsamsudin menyesal tak ko dilahirkan sempurna tapi takda otak cakap dekat orang tua macam tu? Menyesal tak kalau suatu hari nanti in future orang buat kau macam tu perangai kau harini? Menyesal tak? In future you never know bro.”

“Sekarang kau kaya duit tapi miskin adab. Satu hari nanti aku doakan kau miskin duit pulak. Masatu baru kau boleh kaya dengan adab. Imagine kalau orang cakap dengan parents kau macam tu. Kau koyak tak”

“Semoga perniagaan carlsamsudin lingkup di atas keriakannya. supaya dia rasa menyesal di kemudian hari. supaya influencer di masa akan datang tanya dia balik “pakcik menyesal tak jadi bodoh waktu muda?”

Sehingga kni, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh usahawan tersebut berkenaan insiden berkenaan.