Malaysia memang terkenal dengan pelbagai jenis makanan untuk golongan yang suka makan lewat malam. Semakin lewat malam, semakin ramai pula membanjiri gerai makan.

Boleh dikatakan ramai suka makan burger apabila lapar tengah malam kerana ia sedap dan mudah didapati.

Pun begitu, lain pula cerita dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana wanita ini menemui ‘sesuatu’ dalam burger yang dibeli sehingga hilang selera makan mencuri perhatian ramai.


Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @azmsiblings, kelihatan seorang wanita sedang membuka burger yang baru sahaja dibelinya.


Namun apa yang membuatkannya terkejut adalah dia menjumpai bawang holand di dalam burgernya. Apa yang pelik adalah, bawang Holand tersebut dilihat hanya dipotong separuh dan bukan yang seperti kita sering lihat.

Keadaan itu membuatkan dia merasa geram dengan penjual burger tersebut. Entah macam mana lah agaknya nak makan tu kan?

Video yang tular di laman TikTok:

@azmsiblings #fyp #kalauakuhempokknyawakau #ditaja ♬ kalau aku hempokk nyawa kau – tembikaiwater

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 573K tontonan, 48.3K tanda suka, 1505 komen dan 1082 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat keadaan burger tersebut selah-olah peniaga tidak tahu cara bagaimana hendak memotong bawang.

“Sebiji dia bagi weh! Hahaha” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga para netizen berseloroh menyifatkan bahawa mungkin penjual burger tersebut terlebih pemurah bagi ‘bawang lebih’ kerana harga bawang di pasaran kini sudah meningkat.

Antara komen warga maya:

“akak minta bawang lebih ke..”

“tersalah bubuh tu, mesti dia tercari2 mana bawang dia yang separuh lagi”

“pemurah adik tu, bawang sekarang mahal.. nak gelak rasa bersalah…”


“seller tu baik hati nak sedekah bawang tapi….. kenapa dia tak potong”