Solat Berjemaah Online, Pemuda Ini Sekolahkan Pasangan Remaja Permainkan Agama

Pergaulan bebas antara anak remaja kini semakin membimbangkan sehingga mereka sanggup melakukan perkara diluar batasan yang melibatkan agama.

Macam yang kita tahu, solat bukan lah satu perkara yang boleh dibuat main apatah lagi untuk sesuka hati mengubah caranya tersendiri.

Pun begitu, ada yang mengambil rigan akan perkara tersebut sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana memaparkan pasangan kekasih sedang membuat panggilan video sambil solat berjemaah.

Menerusi video yang tular itu, lelaki yang berbaju hijau sedang menunaikan solat sambil membuat panggilan video bersama kekasihnya.

Menariknya, di dalam video tersebut terdapat seorang gadis yang memakai telekung turut solat bersama lelaki itu.

Ini telah menyebabkan berlakunya perdebatan di kalangan netizen dalam ruangan komen aplikasi tersebut.

Video tersebut bukan sahaja mengundang amarah umat islam namun mendapat perhatian daripada seorang anggota kumpulan nasyid Zayne, Furqan Fawwan yang tampil memberikan pandangan beliau mengenai perbuatan pasangan kekasih ini.

“Dalam keadaan hujan yang tak henti-henti banjir sana sini korang berani buat macam ni? ada orang islam berani buat macam ni?”

“Tak kisahlah negara mana yang buat content macam ni tapi kitakena tegur sebab ini adalah solat penghubung antara kita dengan Allah. Solat itu adalah dua’, kita nak doa kat Allah Ya Allah jauhkanlah kami daripada musibah yang kami tak mampu untuk tanggung. Ini korang minta pulak musibah datang dengan buat content-content macam ni, view banyak weh. ”

Furqan juga akui bahawa dia risau dengan generasi yang akan datang kerana anak pada masa kini terlalu bebas dengan content yang tidak masuk akal demi mengejar populariti.

“Kita tegur, tegur supaya takde lagi dah orang buat macam ni risau anak-anak kita terlalu bebas sangat dengan content-content nak kejar popularity sampai diorang akan buat apa saje janji orang tengok muka diorang dekat media sosial”

Video yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LembaranJuzukCinta (@furqanfawwaz)

Berikut merupakan reaksi netizen: