Luang Masa Dengan Anak-anak, Video Shuk Sahar Dibanjiri Komen Positif

Siapa yang tidak kenal dengan Shuk Sahar, namanya ini sering menjadi perhatian dari pelbagai pihak. Kisahnya yang didakwa curang bersama perempuan lain di belakang isteri ini heboh dikecam oleh netizen.

Tindakannya itu membuat ramai yang mempersoalkan dimana tanggungajwabnya sedangkan bekas isterinya, Rossa Sera lah yang sentiasa bersamanya dari dia tiada apa apa sampai lah mempunyai segalanya untuk dia menanggung keluarga.

Shuk juga mengakui apa yang telah terjadi adalah salahnya dan hidupnya kini kosong tanpa isteri dan anak anak di dalam program Hard To Heart. Susulan kontroversinya itu, dia telah menjual rumahnya bernilai 1.2 juta untuk memulakan kehidupan baharu.


Baru-baru ini, Shuk telah berkongsi video di laman Tiktok yang sedang meluangkan masa bersama anak-anaknya selepas dikhabarkan sah bercerai beberapa bulan lalu. Kelihatan wajahnya yang gembira kerana dapat berjumpa dengan anak-anak walaupun tiada lagi Rossa Sera disisi.

Walaupun Shuk sering dikecam teruk oleh netizen sejak beberapa tahun yang lalu sampai lah sekarang kerana berkali kali mengulangi hal yang sama, ramai di antara netizen di ruangan komen Tiktoknya merasa sebak melihat video itu.

Rata rata hanya mendoakan kehidupan Shuk dan menyuruh dia untuk bertaubat dan menjadi ayah yang bertanggungjawab dan tidak lupa akan anak-anaknya itu. Mereka juga turut mendoakan Shuk dan Rossa kembali bersatu.


Antara komen warganet di laman Tiktok:

“Mungkin abang gagal jadi suami yang terbaik..tapi jangan gagal jadi ayah yang terbaik untuk anak anak..”


“Lumrah manusia melakukan kesilapan bukan sekali bukan 2 kali tapi berkali-kali…siapa kita nak menghukum..doa yang baik baik..”

“Setiap insan ada salah, tinggal nak berubah..semoga Allah permudahkan urusan..”

“Semua pernah buat silap..tinggal lagi untuk berubah..pintu taubat masih terbuka luass..”


Video yang tular di laman Tiktok:

@shuksahar #shuksahar #anakanakku #hartaduniaakhirat #fyp #fypindonesia ♬ original sound – 🦋B E Y B Y🦋 – Tik Toker

Sekadar info, Serra dan Shuk mendirikan rumah tangga pada 2015. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 5 dan Assyifatu Aimi, 2.