Sebak Tengok Ayah Sering ‘Repair’ Kereta Lama, Anak Sepakat Belikan Kereta Baru Buat Netizen Kagum

Anak mana yang hendak melihat kedua ibu bapa mereka susah bukan? Pastinya, meringankan beban dan melihat mereka tersenyum adalah impian setiap anak.

Manakan tidak, ibu bapa sudah banyak berkorban masa, wang ringgit serta perhatian kepada anaknya dan tidak salah jika anak pula yang berjasa terhadap ibu bapa apabila meningkat dewasa.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang anak menghadiahkan ayahnya sebuah kereta pada hari kelahirannya mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ salenasalleh, difahamkan kereta milik ayahnya seringkali rosak ekoran ianya merupakan kereta model lama bahkan ayahnya terpaksa membaiki berulang kali.

“Hadiah dari kami sempena hari jadi abah.. kereta abah asyik rosak je..kesian tengok dia baiki je..”

Sedih melihat perkara itu, wanita ini berpakat untuk menghadiahkan ayahnya sebuah kereta di hari ulang tahunnya.

Pada awalnya dia mengajak ayahnya untuk ‘cuci mata’ di showroom proton malah si ayah hanya ‘melayan’ sahaja kehendak anak tersayang.

Namun siapa sangka, rupa-rupanya perkara itu telah pun dirancang malah kereta yang dilihat itu adalah kereta miliknya yang telah dibeli oleh anak-anaknya.

“Adik cakap nak bawa abah pergi tengok kereta kat showroom proton.. saja2 cuci mata.. abah pun join jela..” ujarnya

“Dia tak tahu kereta yang dia tengok ni kereta dia sebenarnya.. memang terkejut la.. Happy Birthday Abah! Proton Saga lama abah memang TERBAIK!” Tambahnya lagi.

Video yang tular di laman TikTok:

@salenasalleh Suprise birthday Abah!🥳❤️🥰#protonmalaysia #untukabah ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji sikap anak-anaknya yang berusaha sedaya upaya untuk melihat ayahnya hidup senang.

Bukan itu sahaja, para netizen juga mendoakan agar rezeki anak-anaknya terus mengalir seperti air zam-zam asbab membahagiakan kedua ibu bapa.

Berikut merupakan komen warga maya:

“bestnya dapat bahagiakan orang tua. semoga bertambah2 rezeki”

“berbakti kepada ibu bapa kita adalah nikmat yang sangat indah”