Baru sahaja pulang ke tanah air, sekali lagi Caprice menjadi bahan bualan netizen. Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli baru sahaja tiba di Malaysia selepas dua bulan menjalani misi jihadnya.

Dia kini masih berada dalam tempoh kuarantin di sebuah pusat kuarantin di ibu negara. Untuk mengisi masa yang terluang sepanjang kuarantin bersendirian, Caprice telah membuat sesi soal jawab bersama pengikutnya di Instagram.

Pelbagai soalan yang diajukan kepadanya mengenai misi bantuan yang dilakukan di negara islam itu justeru pelbagai soalan mengenai dirinya lebih-lebih lagi tentang ‘slang’ percakapannya yang seakan-akan mat salleh.

Menurut Caprice berseloroh, dia mengakui sudah terbiasa dengan pertuturan dan cara sebutan sebegitu kerana sejak lahir ke dunia lagi dia memang bercakap begitu.

“Dari lahir ke cakap memang slang gitu ya?” tanya netizen kepada Caprice.

“Tak habis-habis orang tanya pasal slang. ya keluar ja dari perut mak terus saya sebut ‘shushu’ bukan ooo susu! Itulah slang saya.” ujar Caprice berseloroh di akaun Instagramnya itu.

“Saya cuba yang terbaik! Kalau siapa-siapa pernah kenal awal-awal balik Malaysia dulu lagi teruk.”

Tambah Caprice lagi, bagi yang mengenalinya sejak awal lgi pasti tahu bagaimana caranya bertutur dan ia lebih teruk dari sekarang.

Netizen turut terhibur dengan jawapan yang diberikan daripada penyanyi rap itu malah ada juga yang menyambung jenakanya.

“Slang tu jadi macam tu sebab dia lahir dari keluarga duta Malaysia yang pergi seluruh dunia. Tu dia kurang sikit slang Melayu. Bahasa utama dia English, tapi takpa, lama-lama okay lah.” kata netizen.

“Shushu macam nak halau kucing hahaha” ujar netizen.

“haha shushu.. Sentap yang tanya tu.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Terdahulu, pernah kecoh di media sosial mengenai isu di antara penyanyi rap ini iaitu, Caprice yang ingin mendedahkan sesuatu mengenai kehadiran pendakwah bebas Ebit Lew bersama pasukannya di Gaza, Palestin.

Walau bagaimanapun, Ustaz Ebit Lew menafikan segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya oleh beberapa individu sebagai tidak benar dan bersifat fitnah semata-mata.

Untuk rekod, ayah Caprice pernah bekerja sebagai Duta Malaysia di Wisma Putra pada umurnya 5 tahun sehingga 14 tahun dan keluarganya berhijrah ke luar negara iaitu di Eropah dan Timur Tengah.