Setiap orang pastinya inginkan badan yang sihat dan cergas untuk menjalankan aktiviti harian dan pekerjaan.

Namun untuk mengekalkan aktiviti kesihatan dengan kesibukan kerja bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi jika pernah berlaku kecederaan.

Menurut Raf Yaacob, dia pernah menjalani operasi Ligamen Krusiat Anterior (ACL) salah satu ligamen utama dalam lututnya.

Kecederaan ACL itu berlaku semasa dia bersukan dan menyebabkan kecederaan lutut yang boleh membuat ligamen krusiat anterior terkoyak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raf Yaakob (@rafyaakob)

Disebabkan oleh pembedahan berkenaan, berat badannya menaik sebanyak 91kg dan selepas lututnya beransur pulih dia memulakan kembali aktiviti bersukannya dan hidup dengan cara yang lebih sihat dan berjaya menguruskan badan sebanyak 22kg.

“Satu ketika dulu after my 3rd ACL (Yes Raf 3x operate ACL), Raf naik from 75kg to 91kg. Bila lutut dah ok, I start back my football training, gym and eat clean. I lost 22kg in 5 months.

Katanya lagi, semenjak pandemik yang menyebabkan perintah kawalan pergerakan berat badannya bertambah semula sebanyak 90kg dan dia sekali lagi diet dan berjaya hilang berat badan sebanyak 5kg dalam masa seminggu.

Bukan itu sahaja, Raf yang juga suami kepada aktress jelita Mawar Rasyid berkata berat badannya kini lebih mudah diturunkan kerana mempunyai ingatan otot yang terpahat dalam pemikirannya dan dia juga mempunyai target pada hujung bulan ini untuk pengambaran yang akan diadakan.

“Since lockdown, Raf naik to 90kg. But dah start diet since 1st September, now dah turun 85kg. Turun 5kg in 1 week.

“Beza dulu dengan sekarang, dulu lambat turun but now sekejap je turun. Sebab muscle memory. I’m targeting to be 75kg by end of this month. October dah nak start shoot untuk Netflix,”

Sementara itu di ruangan komen rata-rata pengikut turut bertanyakan tips tentang penurunan berat badan Raf dan ukuran lemak Raf juga menyusut sehingga 6% berbanding sebelum ini 29%.

Terdahulu, Mawar mengakui berasa sebak dan sangat gembira apabila suaminya Raff Yaakob memaklumkan hasratnya untuk mengikuti program dakwah dan pengajian agama yang dianjurkan oleh personaliti dakwah Ebit Lew.

Malah, Mawar juga sempat meluahkan rasa syukur kerana suaminya antara insan yang terpilih untuk mengikuti sesi keagamaan selama tiga hari.

Dalam pada itu Mawar mengucapkan ucapan terima kasih kepada pendakwah terkenal yang disegani ramai iaitu Ustaz Ebit Lew kerana menjemput suaminya untuk bersama-sama menyertai program tersebut.

“Bagusnya abang, saya sangat bangga dengan abang. Hari ini rasa sebak, bersyukur serta terharu hubby Mawar keluar tiga hari menuntut ilmu agama Islam.”

“Terima kasih ustaz Ebit Lew kerana menjemput suami Mawar ke tempat menuntut ilmu.”

“Semuanya kebetulan… sebelum ini Raf ada dipanggil ke rumah Ustaz Ebit Lew, semasa itu ustaz pelawa Raf ikut program bantuan dalam masa sama belajar agama. Untuk permulaan ini dia ikut kelas dakwah selama tiga hari di sekitar Lembah Klang.”

“Saya cakap dengan Raf, ini memang doa saya. Saya suka suami pergi berdakwah, saya ada impian mahu suami beri tazkirah, ajar agama dan berdoa untuk kami sekeluarga selepas solat.

“Saya memang nak sangat dia pergi supaya boleh ajar kami sekeluarga dengan agama… semalam saya rasa sebak sampai tak boleh tidur, rasa sayu macam Allah dengar doa Mawar.

“Tak boleh nak gambarkan betapa gembiranya saya sebagai isteri. Dulu Raf pernah ikuti pengajian agama di Kelantan, cuma sekarang ini dia terbuka hati untuk turun lebih kerap,” katanya lagi

Walau bagaimanapun, Mawar akan sentiasa menjadi tulang belakang Raff untuk dia berhijrah dan menyokong penuh keputusan suaminya.

Raf Yaakob atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob merupakan adik kepada penyanyi dan cef selebriti terkenal, Fazley Yaakob pada dan telah berkahwin dengan Mawar Rasyid pada 9 November 2017.

Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata yang diberi nama Raden Muhammad Rafael yang berusia dua tahun dan Raden Seri Rosabella Cinta yang berusia 8 bulan.