Sesiapa sahaja pastinya tidak suka apabila dirinya diejek mahupun diperli individu lain lebih-lebih lagi dihadapan beribu orang.

Sudah tentu tuan badan akan berasa malu seperti dipermainkan walaupun hanya sekadar gurauan.

Ini kerana, perkara seperti ini seolah-olah seseorang itu tidak mempunyai sensitiviti terhadap orang lain.

Begitu juga dengan penyanyi rap ini yang sering kali menjadi bualan di media sosial semenjak dia pergi ke Mesir dan kini baru sahaja pulang dari Jordan serta sedang dikuarantin.

Seringkali menjadi buah mulut orang, Caprice kali ini bersuara kerana berasa dirinya dipermainkan oleh seorang selebriti  iaitu Sharnaz Ahmad di sesi Live Instagram semalam.

Caprice telah memuat naik video dari rakaman sesi Live tersebut dengan membalas perlian Sharnaz dan memangilnya ‘Sotong’.

“Dari jauh je berani sotong See you when I see you Sharnaaz Ahmad.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Di dalam Live yang dilakukan bersama Syukri Yahya itu, Sharnaaz kelihatan bermain filter di Instagram dengan berserban seperti di padang pasir.

Perkataan dua maksud yang keluar dari mulut Sharnaaz itu dapat difahami netizen kerana hanya seorang sahaja influencer viral yang baru pulang dari Jordan baru-baru ini dan orang itu adalah Caprice.

Lantaran daripada kekecohan yang berlaku itu, Caprice seakan-akan memberi amaran kepada Sharnaaz dan memberi masa untuk berfikir secara waras kerana Kuala Lumpur ini terlalu kecil dan persoalkan kenapa pelakon itu hendak mencari masalah dengannya.

“Kita bagi hang tiga empat jam la untuk fikir secara waras”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media KL (@mediakl.my)

Dalam pada waktu itu, Sharnaaz membidas isu tersebut dengan memuat naik story di Instagramnya dengan menunjukkan mesej perbualan yang tidak dibalas serta dia diblock oleh Caprice dan menggangap penyanyi rap tersebut penakut.

Dia juga telah menghantar lokasi sekiranya Caprice mahu berjumpa. Dia juga turut berang kerana Caprice telah memangilnya ‘sotong’ oleh kerana sebuah drama yang dia pernah lakonkan sebelum ini.

“Petik nama orang tapi block orang. Lu memang penakutlah. Konon bawa panji islam jarum pun nangis pegang tangan orang. Belum kene gegar lagi.”

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen masiang-masing, ada yang menganggap tindakan Sharnaaz dilihat keterlaluan kerana IG live tersebut ditonton puluhan ribu orang.

Malah, ada juga yang menganggap ianya hanyalah satu gurauan semata-mata.