Lee Min Ho Tamat Latihan Tentera Esok? Peminat Teruja, Tak Sabar Tunggu Oppa!

Sebut sahaja nama Lee Min Ho pasti semua orang mengenali nama besar ini terutama peminat drama korea yang telah sekian lama teruja menanti pelakon kacak kelahiran korea ini kembali beraksi.

Lee Min Ho yang merupakan pelakon drama korea ini popular kerana lakonannya yang bersahaja dan rupa parasnya yang kacak berjaya memikat ramai peminat-peminatnya menantikan kemunculannya kembali.

Lee Min Ho telah sekian lama hilang mendiamkan diri sejak menjalani latihan ketenteraan dan beliau bakal menamatkan latihan ketenteraan itu esok iaitu 25 April 2019.

Wajah pelakon korea kegemaran ramai ini ketika sedang menjalani latihan ketenteraan telah menarik minat peminatnya kerana beliau dikatakan kelihatan sihat dan sedikit berisi tampil segak memakai pakaian tentera.

Perubahan badan Lee Min Ho turut hangat diperkatakan oleh peminatnya kerana rata-rata mereka terkejut dengan perubahan fizikal aktor kesayangan mereka itu berubah dengan cepat.

Foto ini menunjukkan perubahan yang agak ketara terhadap bentuk badan Lee Min Ho sebelum dan semasa menjalani latihan ketenteraan. Foto berbaju putih itu dimuat naik oleh Lee Min Hoo sebelum beliau menjalani latihan asas ketenteraan.

Welcome Back, Oppa!

Berita kepulangan aktes pujaan ramai ini memang dinantikan oleh peminat korea dan berita ini telah tular dimedia sosial dengan meninggalkan tanda pagar ‘Welcome Back, Oppa!

Berita mengenai Lee Min Ho yang telah berjaya menamatkan latihan ketenteraan itu telah pun disahkan oleh pihak agensinya.

“Lee Min Ho bakal menamatkan latihan ketenteraan esok seperti biasa, tanpa majlis keraian.”

Peminat Lee Min Ho telah memuat naik Tweet mengucapkan kepulangan aktres kesayangan ramai ini dan mereka juga dilihat mula berkumpul dan membawa sepanduk untuk meraikan pelakon kesayangan mereka itu.

Biodata Ringkas Lee Min Ho

Lee Min Ho ialah seorang pelakon lelaki berasal dari Korea Selatan. Mula aktif dalam bidang ini bermula tahun 2005 sehingga kini dan juga merupakan seorang model.

Lee Min Ho lahir pada 22 Jun 1987 dan berumur 31 tahun. Mempunyai ketinggian 188 cm dan 75 kg berat. Lakonannya bermula  pada tahun 2005 dalam Love Hymm terbitan  MBC dan telah muncul sebagai watak sampingan.

Dia menerima watak utama pertamanya pada tahun 2007, memegang watak Cha Gong Chan dalam Mackerel Run yang merupakan drama sekolah tinggi 8 bahagian terbitan SBS. Bagaimana pun, karier besar pertamanya menjulang apabila dia telah diumumkan menjadi sebahagian daripada F4 Korea pada 2 Oktober 2008.