[VIDEO] Aliff Aziz Kantoi ‘Check in’ Dengan Minah Rempit Pulak?

Sebelum ini, dunia hiburan dikejutkan dengan kisah Aliff Aziz yang berlaku curang terhadap isterinya, Bella Astillah.

Dalam insiden itu aliff telah didakwa mempunyai hubungan dengan Oktavia Manrose.

Nampaknya Aliff atau nama penuhnya Mohamad Aliff Aziz sekali lagi mengundang perhatian netizen apabila sekeping gambar yang didakwa gambarnya bersama gadis lain tersebar.

Pengguna laman Twitter mula membicarakan gambar tersebut yang kelihatan individu mirip Aliff Aziz selfie tanpa memakai baju bersama seorang remaja perempuan.

Gambar tersebut dipercayai dimuat naik oleh seorang gadis yang bengang bila wanita yang menjalin hubungan dengan Aliff enggan membayar hutang kepada abangnya.


Remaja yang dikatakan bersama Aliff Aziz itu bernama Nismell melalui Instagramnya.

Walaubagaimanapun, Nismel yang berasal dari Sarawak itu menafikan dia mengenali penyanyi lagu Sayang-Sayang berkenaan.


Rata-rata netizen terkejut dengan apa yang dilakukan oleh Alif Aziz itu.

Walaubagaimanapun sehingga kini masih tiada kenyataan rasmi dari pihak Alif mahupun Bella mengenai hal ini.

Sebelum ini, Bella memberitahu dia masih memegang status sebagai isteri dan soal berpisah bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan bagi pasangan suami isteri itu.

Kita berdua ambil masa untuk berjauhan. Hampir sebulan jugalah, sebab memang ramai yang tanya sama ada kami sudah pun berpisah.

Baca: “Sayangnya, wanita secantik ini dipersiakan” Video Terbaru Bella Bersama Anak ‘Usik’ Hati Netizen

“Bila orang asyik bercakap mengenai isu tersebut, banyak perkara yang harus difikirkan. Bukannya hari ini g4duh, esok mahu bercer4i, bukan mudah.

“Sebab itu kami ambil keputusan untuk berjauhan seketika dan perlukan masa untuk fikir semua aspek,” ulasnya jujur.

Semoga Bella tabah dengan dugaan terbaru ini, lagi pula berlaku dalam bulan Ramadhan.