“Kak lina lanja gambar bakal suami” Malam Ini Majlis Berinai, Bakal Suami Elly Mazlein Orang Kuala Krai

Seperti semua peminat Elly Mazlein sedia maklum, pelakon popular ini akan melangsungkan perkahwinannya dengan lelaki pilihannya pada hari Sabtu, 18 Januari 2020.

Walaupun tidak dinyatakan secara spesifik di mana lokasi majlis, ianya akan diadakan di sebuah tempat di Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian terbaru, Elly Mazlein bakal mengadakan Majlis Malam Berinai di PWTC pada malam ini.

“Ini harinya .. 17 January 2020 #BerinaiAzlanEllyMazlein #CikSitiLinaPomPom #TemaCikSitiWanKembang #KualaKrai #Kelantan #MalamBerinai #CikSitiLinaPomPom #PWTC “

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on

Majlis tersebut boleh disaksikan secara langsung menerusi laman Youtube Elly Mazlein.

Elly Mazlein juga turut ‘belanja’ video pre-wedding beliau dengan bakal suami yang dimuatnaik di laman Instagram.

“Izinkan Aku Merasa Secebis kebahagian Videographer & photographer dari @faridismproduction Highly recommended.. Gambar & Video Cantik

“kakak lina love sgt .. InsyAllah kakak lina akn jd kan @faridismproduction sebagai photographer & Videographer rasmi kakak lina .. tq @faridismproduction kakak Lina absolutely correction confidently recommends to all kampung people, camtoooo haaaaa

“Yes I’m so happiness with the results University InsyaAllah Esok kakak lina akn lanja gambar bakal suami #PapaAwanNano & juge Sefhia

“Jgn lupa Saksikan secara live sepanjang majlis Mlm berinai esok di Channel YouTube #DuniaEllyMazlein Doakn moga Semua berjalan dgn lancar ya”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on

Dalam pada itu Elly turut berkongsi persiapan sedang mendekorasi pelamin.

“Sedang.. Decoration dari @achare.lapanbelas utk majlis malam berinai esok , 17 January 2020 InsyaAllah Esok kakak lina akn lanja gambar bakal suami #PapaAwanNano & juge Sefhia Jgn lupa Saksikan secara live sepanjang majlis Mlm berinai esok di Channel YouTube #DuniaEllyMazlein Doakn moga Semua berjalan dgn lancar ya Ada apa2 pesanan utk kepom?”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on

Elly dan pasangannya telah berkenalan setahun yang lepas di mana bakal suaminya itu merupakan seorang guru dari Kuala Krai, Kelantan.

Mereka telah bertunang pada 17 Disember 2019 di PWTC dengan dihadiri keluarga terdekat, sahabat dan media.