Satu-satunya Mangsa Terselamat Kes Karbon Monoksida Akhirnya Dibenarkan Keluar Minggu Ini

Salah seorang mangsa terakhir tragedi keracunan gas karbon monoksida yang masih selamat Nor Aqilah Mohd Safwan, 21 dilaporkan telah semakin sembuh apabila dilaporkan sudah sedar dan boleh keluar daripada wad dalam minggu ini.

Nor Aqilah jalani rawatan fisioterapi untuk pemeriksaan di bahagian otak

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa Nor Aqilah hari ini menjalani rawatan fisioterapi dan akan dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan di bahagian otak.

Menurut beliau, pihaknya dimaklumkan bahawa Nor Aqilah sedang menjalani rawatan fisioterapi dan akan dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan di bahagian otak.

Semakin positif 

“Buat masa ini, perkembangan Nor Aqilah semakin positif tanpa menunjukkan sebarang kemurunngan selepas dimaklumkan cerita sebenar dan juga kematian kakaknya.”

“Dia yang dirawat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin akan dirujuk ke HKL untuk pemeriksaan bahagian otak” lapor Harian Metro.

Nor Aqilah akan dibenarkan keluar wad minggu ini

“Pada masa sama, doktor turut memaklumkan bahawa dia akan dibenarkan keluar wad minggu ini memandangkan dia memberi maklum balas positif.”

Minggu lepas, Aqilah telah dimaklumkan sedar daripada koma selepas dilaporkan kritikal semasa hari kejadian berlaku.

Stabil selepas beberapa hari koma

Mangsa yang ditempatkan di Hospital Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin telah mulai menunjukkan keadaan stabil selepas beberapa hari koma kerana terhidu gas karbon monoksida.

Terdahulu, tiga daripada empat mangsa karbon monoksida ini disahkan meninggal dunia dipercayai lemas selepas pulang dari bercuti di Pulau Jerejak, Pulau Pinang.


Kesemua mereka ditemui tidak sedarkan diri di dalam kereta ketika berhenti rehat di tempat letak kereta stesen minyak di Sama Gagah.

Semoga Nor Aqilah terus sihat dan bersemangat menjalani kehidupan seperti biasa dan salam takziah kepada semua keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi ini.