“Doakan aku mampu beli kereta pula lepas ni..” Pemuda Dungun Ini Sanggup Habis 25k Renovate Rumah Ibu Tersayang

Antara perkara yang paling membahagiakan adalah mempunyai anak soleh dan solehah yang senantiasa ingat pada ibu bapa.

Walau tidak dimanjakan dengan kemewahan, namun tidak pernah lupakan pengorbanan yang telah diberikan oleh orang tua.

Begitulah peribadi mulia yang dikongsikan oleh pemuda dari Terengganu ini yang dikenali sebagai Asri Dungun.

Menerusi muatnaik di laman Twitter, Asri telah berkongsi foto rumah keluarganya sebelum dan selepas diubah suai.

Asri berkata, impiannya selama ini tercapai apabila berjaya mengubah suai rumah keluarga demi keselesaan ibunya.

Malah, dia langsung tidak kisah mengeluarkan wang simpanan sebanyak RM25,000 untuk keluarga.

Menurut Asri lagi, dia memaklumkan bahawa apa yang dilakukan itu adalah pencapaian terbaiknya pada tahun ini.

Asri juga senang hati apabila ibu tersayang sudah boleh mengambil wudhuk di dalam biliknya sendiri.

Pada masa sama,Asri turut menitipkan doa agar tahun ini dia dapat membeli sebuah kereta untuk kegunaan dirinya sendiri pula selepas salah satu tanggungjawab itu telah dilaksanakan.

“My biggest flex this year: spending almost 25k+ for renovating my mom’s house. Ma dah boleh ambil wudhu’ dalam bilik sendiri dah.

“Alhamdulillah. Doakan aku mampu beli kereta untuk diri sendiri pula lepas ni ya guys”

Rentetan daripada perkongsian yang sangat menginspirasikan daripada pemuda itu, rata-rata netizen telah meninggalkan komen yang positif kepadanya di Twitter berkenaan.

“alhamdulillah, besar ganjaran dia kita berbakti utk org tua yg dah bnyk berkorban utk kita.. semoga rezeki melimpah ruah bro..aminn”


Mereka telah mengucapkan tahniah di atas kejayaannya dalam membahagiakan ibu tercinta.

Malah, ramai juga yang mendoakan agar kehidupan Asri senantiasa dipermudahkan kerana mendahulukan ibunya melebihi keperluan sendiri.