Sarung Jubah Konvo Pergi Pusara Isteri, Video Lelaki Ini Buat Ramai Sebak

Kehilangan orang yang kita sayang buat selama-lamanya adalah perkara yang amat sukar untuk diterima namun terpaksa ditelan walaupun pahit.
Iospital phone repair gombak
Biarpun jasad sudah pergi menghadap Ilahi, akan tetapi setiap memori bersama pasti akan menjadi kenangan terindah.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini, seorang lelaki datang ke pusara isteri tercinta dengan berjubah konvo mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @man_rgr, seorang lelaki yang lengkap berpakaian konvo berjalan menuju ke sebuah pusara di sebuah tanah perkuburan.

Namun apa yang membuatkan ramai sebak adalah, dia turut membawa mortar board seolah-olah ingin menunjukkan kejayaannya kepada isteri tersayang.


Dapat kita lihat, lelaki ini tidak dapat menahan air matanya kerana sangat sedih apabila isteri tercinta tidak sempat melihatnya menghadiri konvokesyen.

Difahamkan, arwah isteri antara individu yang tidak sabar melihat lelaki ini menyarungkan jubah konvo itu.

“Sayang tak sabar nak tengok bie pakai jubah ni.. harini bie datang untuk tunjukkan sayang.. ya Allah kuat kan aku..” ujar lelaki ini

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui sakit dan rindu yang paling dalam ada lah rindu pada orang yang pergi buat selama-lamanya. Rindu yang tidak berpenghujung.

Bukan itu sahaja, netizen juga turut mendoakan arwah isteri lelaki ini agar ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Antara komen warga maya:

“Dia nampak tuan datang.. dia tak tinggalkan tuan.. dia cuma berhijrah ke negeri lain iaitu di negeri abadi..”

“Benda paling sakit adalah rindu pada orang yang sudah tiada”


“Al-Fatihah untuk bidadari syurga abang.. arwah sangat bangga dengan kejayaan abang”

“Semoga sentiasa kuat..”


Video yang tular di laman TikTok:

@man_rgr ya allah berikan aku kekuatan..dan kau tempatkan la bidadari syurgaku dikalangan org² yg beriman dan beramal soleh..aamiin#fyp #abguniform #tqsupport❤️ #sultanarmy #staragency #abgbujang😘 ♬ Saat Terakhir – ST12