Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menyantuni sesiapa sahaja yang melancong ke Malaysia bagi menunjukkan sikap terpuji yang ada dalam diri.
Seringkali kita lihat apabila adanya content creator dari negara barat berkunjung ke Malaysia, pastinya mereka akan mendapat perhatian ramai apatah lagi jika mereka mampu bertutur dalam Bahasa Melayu.
Terbaru, seorang pengguna Twitter iaitu @BigIdeasMy berkongsi sebuah video dimana mencetuskan isu ‘double standard’ yang diberikan oleh netizen Malaysia terhadap pelancong dari barat dan juga negara lain.
Menerusi video tersebut, dapat kita lihat rakyat Malaysia sangat ‘welcoming’ kedatangan pelancong dari barat berbanding pelancong dari Nepal yang dilihat banyak menerima komen berbau sindiran.
Perbezaan yang ketara itu sekaligus membuatkan ramai yang berpendapat bahawa masih ada rakyat Malaysia yang bersikap ‘double standard’ terhadap pelancong serta warna kulit turut menjadi faktor layanan berbeza.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen beranggapan perkara ini sepatutnya tidak berlaku dikalangan rakyat Malaysia kerana ianya bersifat racist.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mengatakan Malaysia kini menduduki tempat kedua negara yang ‘racist’ di dunia.
Antara komen warga maya:
Video yang tular di laman Twitter: