“Harga Cekik darah” Habis RM2 Beli Air Milo O, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa

Kos hidup yang semakin tinggi yang kian terasa kini sememangnya buat ramai ‘pening kepala’. Manakan tidak, dahulu jika bawa RM50 ke pasar, penuh satu troli barangan dapur.

Iospital phone repair gombak

Tapi kini, kalau bawa RM50, mungkin 1 atau 2 barang dapur sahaja yang boleh diperolehi. Hal ini juga membuatkan ramai peniaga makanan perlu mengeluarkan modal yang lebih untuk berniaga membuatkan harga jualan juga perlu dinaikkan.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pelanggan meluahkan rasa kecewanya setelah membungkus minuman dari sebuah kedai.

Gara-gara dahaga, lelaki itu telah memesan minuman kegemarannya, Milo O untuk dibungkus bagi diminum kemudian.

Namun, dia kecewa kerana perlu membayar RM2 untuk minuman tersebut kerana baginya harga yang dikenakan sangat mahal. Jika Milo O dicaj RM2, minuman Milo ais pula mencecah RM3.5 satu bungkus.


Tambahnya juga di ruangan caption, kebanyakkan kedai makan juga tidak memaparkan harga makanan pada menu dan akhirnya mengenakan harga yang tidak berpatutan kepada pelanggan.

Jadi, dia juga berkata tidak hairanlah mengapa rakyat Malaysia lebih gemar untuk pergi ke Thailand kerana harga makanan di sana jauh lebih murah.

Meninjau di ruangan komen, ada yang menyokong kenyataan lelaki ini namun ada juga yang akui tidak boleh marah pada peniaga kerana harga modal juga meningkat naik.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang menganggap itu adalah harga biasa untuk air milo berbanding harga air viral tepi jalan yang RM 4-5 tapi banyak ais batu berbanding air.

Antara komen warga maya:

“Biasa lah.. roti canai 2..kopi panas Rm 4.60 dah dik oi sekarang ni.. susu tin dan milo pun dah mahal”

“harga milo 2 kg RM 47 se pek dik oiii”


“Mahal ke 3.50 bagi saya biasa je tu.. ada lagi ke kedai jual air milo rm1”

“Tak ada perkataan murah dah”


Video yang tular:

@pawi_86 Dah lah sekarang jarang kedai tulis harga² makanan, harga pun dah ala² taraf Yahudi. Memang patut kalau nak melancong elok ke Thailand. Jangan ke Langkawi, apa lagi ke Terengganu. #fypシ ♬ DJ What You Come X Teki Gan Pargoy Santuy – Kelud Music