Perkembangan teknologi yang semakin laju sekarang ini mendorong kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk membangunkan sistemyang menyimpan dan menganalisis data peperiksaan bagi semua sekolah di Malaysia.

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ataupun SAPS Ibu Bapa merupakan sistem yang diwujudkan oleh pihak kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memudahkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah anak-anak.

Sistem SAPS ini sering digunakan oleh guru-guru dan juga ibu bapa. Bagi guru, ianya diperlukan bagi memasukkan markah peperiksaan pelajar.

Atau dalam bahasa mudah, key-in markah pelajar. Manakala bagi ibu bapa pula ianya perlu untuk membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak di sekolah.

SAPS semakan ibu bapa ini boleh dilakukan melalui secara atas talian (ONLINE). Antara keputusan peperiksaan yang boleh disemak adalah:

  • Keputusan peperiksaan sekolah rendah bermula dari darjah 1 hingga darjah 6.
  • Keputusan peperiksaan sekolah menengah bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5

Sehingga hari ini keputusan peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, dan SPM masih tidak boleh disemak melalui sistem SAPS ini.

Cara semakan SAPS Ibu Bapa

Ini adalah cara bagaimana membuat Semakan SAPS. Sistem SAPS Ibu bapa ini boleh dilakukan dengan cara berikut:
  1. Sila klik link di bawah ini untuk login ke dalam sistem aplikasi SAPS Semakan Ibu Bapa.

2. Anda akan dibawa kepada paparan seperti berikut:

3. Sila masukkan no kad pengenalan atau pun sijil lahir pelajar. Masukkan no kad pengenalan pelajar TANPA meletak tanda senkang (-) ataupun menekan “space”.

4. Sila pilih negeri di mana sekolah pelajar belajar. Selepas itu, anda boleh membuat  carian nama sekolah pelajar berkenaan.

5. Klik semak.

Semoga anda dapat mengakses dan melihat prestasi anak-anak pelajar melalui aplikasi SAPS Semakan Ibu Bapa ini.

Nombor Untuk Dihubungi

Sebarang masalah mahupun persoalan untuk mengakses SAPS Ibu Bapa, anda bolehlah hubungi talian yang tertera di bawah ini:

TALIAN SEMENTARA : 012-6497579
Waktu: SAPS
Isnin – Jumaat 8:30 pg – 5:00 ptg
(kecuali pada cuti umum)
Rehat pada  1:00 ptg – 2:00 ptg
(kecuali hari jumaat 12:15 tengah hari – 2:45 petang)

Selamat membuat semakan SAPS Ibu Bapa kepada anda. Kongsikan artikel panduan ini kepada rakan-rakan guru anda dan juga kepada rakan ibu bapa lain.

Sila bookmark page ini untuk memudahkan anda kembali ke sini untuk mengakses sistem SAPS Ibu Bapa.

Jika anda mengahadapi masalah untuk login SAPS Ibu Bapa ini, sila cuba semula beberapa minit kemudian. Berkemungkinan server overload kerana bilangan pengguna yang tinggi.