Anak Kritikal, Ibu Mangsa Gas Beracun Di Pasir Gudang Johor, Mohon Solat Hajat Dan Doa Orang Ramai

Semalam, negara digemparkan dengan berita penceraman udara akibat dari pembuangan sisa toksik secara haram di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang Johor.

Ia merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab dan membahayakan orang awam yang melalui atau mendekati kawasan sungai berkenaan.

Dilaporkan ratusan pelajar sekolah telah terhidu gas beracun itu dan mendapatan rawatan kecemasan. Lebih menyedihkan mereka mengalami sesak nafas, pedih mata dan jatuh sakit akibat dari perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Ibu kepada salah seorang mangsa iaitu, Puan Noor Atikah Daud memuat naik satu status difacebooknya yang meminta orang ramai berdoa dan melakukan solat hajat untuk anak perempuannya yang berada di hospital ketika ini.

Luahan hati seorang ibu ini sungguh sebak, tatkala melihat anaknya terlantar sakit kerana terhidu gas beracun itu.

Mangsa AFFZA BALQIS BINTI AHMAD SAHREL panggilan manja “Adik”, 14 sangat rapat dengan keluarga
Luahan Hati  Puan Noor Atikah

ASSALAMUALAIKUM SEMUA SHBT2 fb yg mengenaliku ataupun tidak….mohon solat hajat dn doa dari kalian semua utk Allah berikan kesembuhan buat Anakndaku yg dikasihi AFFZA BALQIS BINTI AHMAD SAHREL panggilan manja “Adik”, 14 tahun dari Smk Tg Puteri Resort Pasir Gudang yg kini dlm keadaan kritikal di Icu Hospital Sultan Ismail, Johor akibat terhidu gas methana (beracun) yg menular di pasir gudang (perbuatan pihak yg tdk bertangungjawab)

Sekarang mengakibatkan majoriti mangsa2nya adalah anak2 sekolah yg xberdosa…..masih tergiang giang ditelingaku semasa berslm sebelum adik keluar ke sekolah dihari kejadian 12/3/19….

Perbualan adik Affza Balqis pagi itu sebelum pergi ke sekolah pada hari kejadian

Adik: ummi…., adik cantik kan..( sambil peluk dn cium ummi dgn manja)
Ummi: ya syg….adik cannntiiikk sgt2, tapi adik kena ingat adik pakai tutup aurat cantik cantik niat krn Allah tau…
Adik: ya ummi..( sambil kukucup dahinya)
-dgn bapanya pula dia cium dn peluk erat2 smbil berkata adik nk peluk bapa.( seorg anak yg manja dn taat pd ibubapa).

UmmiBapa redha dgn ujian Allah ini tapi bila ummiBapa tgok adik terbaring kaku dgn alat bntuan pernafasan dn segala mcm alat membuatkan hati ummibapa lemah dn longlai seluruh anggota…ummibapa hanya mampu menadah tgn pd yg Esa mohon diberi keajaiban dariNya bagi kesembuhan adik syg.

#ummibapasertakeluargasygadik
#adikkuatummiyakin
#adikcantikrohanidnjasmani
#doakamisemuabuatadik

Menerusi luahan hati si ibu ini, adik AFFZA BALQIS seorang yang rapat dengan keluarga dan bersifat penyayang. Kelihatan beberapa keping gambar yang dimuat naik di laman sosial ibunya ini, adik Affza Balqis ini seorang murid yang cemerlang dan aktif.

Semoga adik Affza Balqis sedar dan sembuh seperti sediakan dan boleh kembali ke sekolah. Diharap pencemaran udara itu berjaya dikawal dan penduduk di daerah Pasir Gudang dinasihatkan berjaga-jaga.