Santai Berborak Ketika Konvoi, Dua Penunggang Motorsikal Terjatuh Selepas Berlanggar Satu Sama Lain

Bagi mereka yang berada di ‘alam’ permotoran sememangnya gemar untuk melakukan aktiviti berkonvoi dan ride secara berkumpulan ke satu tempat tumpuan ramai.

Iospital phone repair gombak

Tidak kiralah daripada jenis motor ‘kapcai’ sehinggalah motor berkuasa tinggi (superbike), pastinya akan ada group sendiri untuk melakukan konvoi.

Pun begitu, kita sering diingatkan agar perlu ‘extra’ berhati-hati apatah lagi ketika berada di atas jalan raya.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana dua daripada sekumpulan pemuda ‘berkonvoi’ terjatuh selepas berlanggar antara satu sama lain mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @myjoe_, kelihatan lima buah motosikal bergerak perlahan secara berkumpulan dan dua daripada didapati sedang berbual di antara satu sama lain.

Tiba-tiba, penunggang motorsikal yabg berada di belakang melanggar salah seorang rakannya lalu kedua-duanya terjatuh dan berguling beberapa kali di atas jalan raya.

Dapat kita lihat topi keledar yang digunakan tertanggal daripada kepala oleh kerana impak pelanggaran tersebut dan kereta yang berada di belakang terpaksa menggunakan brek kecemasan bagi mengelakkan daripada melanggar mangsa.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata simpati dengan nasib mereka sekaligus menasihatkan penunggang motorsikal agar tidak ‘lane-hogging‘.

Bukan itu sahaja, setiap penunggang motosikal juga perlulah menggunakan topi keledar yang menepati ciri-ciri keselamatan yang disahkan oleh badan-badan berkuasa agar tidak berlakunya kemalangan dan kecederaan yang lebih serius di bahagian kepala.

Antara komen warga maya:

Video yang tular di laman Twitter: