“Tak mudah jadi hantu” Makan Di Kafe Seram, Wanita Ini Tertampar Muka Hantu Buat Ramai Berdekah!

Setiap perniagaan mempunyai cara marketing mereka tersendiri bahkan pada masa kini ramai yang membuat ‘konsep’ tertentu di dalam kedai makan mereka.

Iospital phone repair gombak

Contohnya kedai makan bertemakan floral dimana masuk sahaja kedai makan seolah-olah kita berada di mini garden bahkan baru-baru ini juga pernah tular dimana kedai makan yang menggunakan mesin jahit klasik sebagai meja.

Tidak kurang juga dengan konsep ‘hantu’ di mana mereka meletakkan patung-patung hantu, nama makanan yang pelik, pelayan yang memakai kostum bagi melahirkan ‘vibe’ seram pada pelanggan.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini di mana seorang pelanggan tertampar muka ‘hantu’ mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @sharifah_farharna, kelihatan seorang mak cik dan keluarganya sedang meluangkan masa makan bersama-sama di sebuah kafe seram.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah seorang hantu datang mendekati seorang wanita yang sedang asyik bermain telefon.

Wanita tersebut yang terkejut diusik bagaimanapun tertampar pipi hantu yang berada di sebelahnya sambil menjerit.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan telatahnya malah sempat berseloroh mengatakan itu hari terakhir pekerja tersebut bekerja disitu dan perlu mendapatkan cuti sakit (MC).

Bukan itu sahaja, netizen juga sempat meninggalkan komen lucu yang mana mengatakan bukan mudah untuk menjadi hantu pada masa kini.

Antara komen warga maya:

“Hantu kena tampor satu hal, dikhinzirkan lagi. Sabor je la.. 😂😂😂”

“Hantu tu mmg ada elaun tambahan… risiko dipukul ..itu nasib sedas jer penampor, kena yg melatah habis dihempuknya hantu tu.”


“😂😂😂😂😂 wey menyesal jadi hantu…..kena lempang pastu kena ba** 🤣🤣🤣🤣🤣”

“hantu bilek:akak saya buat kerja saye je kak apa salah saye😂”

“susah hantu skrng nak dpt job pasni,lgi² klau hantu tu jumpa akak ni😂”

Video yang tular di laman TikTok:

@sharifah_farharna maaf ye..@Bunian The Haunted Cafe #tiktokviral ♬ original sound – ♥️Farharna♥️ – Sharifah Farharna

@bunianthehauntedcafe Replying to @puteraRacing46 ♬ original sound – Bunian The Haunted Cafe