“Tolong turunkan harga ayam gunting” Persoalan Hangat Di Laman Twitter, Ini Respon DSAI

Seperti yang kita tahu, kebanyakan ramai individu daripada pelbagai generasi menggunakan platform media sosial dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini disebabkan ianya bukan sahaja digunakan sebagai tempat berseronok semata-mata, hal pekerjaan dan lain-lain juga turut digunakan melalui platform media sosial tersebut.

Iospital phone repair gombak

Bukan itu sahaja, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) juga menggunakan media sosial untuk lebih mendekati hati rakyat.

Sejak beliau telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10, DSAI sangat aktif menggunakan media sosial menerusi akaun media sosial miliknya.

DSAI kebiasaannya menggunakan platform tersebut untuk berkongsikan perkembangan terkini.

Begitu juga pada malam tadi, beliau meluangkan sedikit masa di laman Twitter untuk berinteraksi dengan warga netizen.

DSAI menyatakan menerusi hantarannya bahawa ramai yang mengadu DSAI kini semakin sibuk dan jarang muncul di Twitter seperti dahulu.

Oleh hal demikian, beliau telah membuka ruang kepada warganet untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan pengguna Twitter yang lain.

Tidak cukup dengan itu, DSAI sempat menjawab beberapa persoalan yang telah diajukan oleh netizen dan antara soalan yang menjadi topik hangat ialah mengenai kenaikan harga ayam gunting yang semakin mahal.

Difahamkan, dia meminta agar DSAI mengambil tindakan untuk menurunkan harga ayam gunting kerana ianya semakin mahal berbeza dengan harga yang ditawarkan sebelumnya.


Dikatakan, harga ayam gunting kini juga ada yang semakin melampau sehingga boleh harga RM15.

“Kurangkan kolestrol,” balas DSAI.

Ringkas dan padat, itu sahaja respon ‘santai’ yang diberikan oleh DSAI terhadap persoalan ayam gunting itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen beranggapan baik bahawa respon DSAI itu boleh dijadikan sebagai nasihat yang berguna untuk orang ramai agar perlu menjaga kesihatan mereka kerana itu yang lebih penting.

Ada juga yang menitipkan doa agar DSAI diberikan kesihatan yang baik dalam menguruskan pentadbiran negara.

Antara komen netizen:

Hantaran yang tular: