Jual Nasi Goreng & Aiskrim Bungkus Hanya RM1, Tindakan Pemuda Ini Raih Pujian Ramai

Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk mencari rezeki terutamanya dalam waktu ekonomi yang semakin gawat pada waktu kini. Susulan itu, terdapat ramai peniaga yang terpaksa menaikkan harga jualan mereka selari dengan perkembangan ekonomi sekarang.

Iospital phone repair gombak

Walau bagaimanapun, itu bukan alasan buat seorang pemuda yang mencari rezeki dengan menjual makanan dengan hanya RM 1 sahaja.

Menerusi video TikTok yang dimuat naik oleh pengguna @busstoplawboyz, pemuda ini meletakkan harga RM 1 sahaja terhadap barangan jualannya iaitu nasi goreng dan aiskrim bungkus.

Difahamkan, perkongsian tersebut telah dibuat oleh pemuda tersebut untuk berkongsikan projek yang sedang diusahakan olehnya.

Pemuda tersebut menjalankan aktiviti perniagaan kecil-kecilannya itu berhampiran dengan MRT Jalan Ipoh, dikatakan dia akan membawa bungkusan jualannya dan menjaja di sekitar lokasi berkenaan dari pagi hingga petang atau sehingga jualannya habis.

Menurut pemuda tersebut, projek perniagaannya itu bukanlah sedar untuk mengaut untung semata-mata.

Akan tetapi, projek itu dilakukan untuk memudahkan orang ramai mendapatkan makanan pada harga yang murah dan sangat mampu milik ketika waktu kos sara hidup yang tinggi ini.

Murah pun murah, dengan tindakan pemuda ini ianya dapat membantu mereka yang mengalami masalah kewangan danmasih dapat menjamah sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan mereka.

Ketika artikel ini sedang ditulis, video TikTok ini telah berjaya meraih 19.8K tontonan, 13.1K suka, 219 komen dan 405 perkongsian.

Meninjau di ruangan komen, orang ramai menitipkan doa buat projeknya supaya dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki selalu.

Antara komen netizen:

“di mana ada usaha di situ ada kejayaan…moga dimudahkan urusan…murah rezeki.”

“semoga murah rezeki abg ne, sapa yg jumpa please support peniaga kecil-kecilan”


“Murahnyaa..semoga murah rezeki bro.. ada rezeki saya singgah support.. 🥰”

“Semoga dimurahkan rezeki selalu & biz sentiasa laris.. 🤲🏻🤲🏻 Teruskan usaha ya.. 👍🏻👍🏻💪🏻💪🏻

“semoga ramai pembeli kalau posisi di kl saya nak beli n bantu promotion dalam tiktok saya”

“Semoga dimurahkan dan dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah , Aamin 🥰”

Video yang tular:

@busstoplawboyz

♬ original sound – busstoplawboyz