3 Hari Lesap & Tak Dapat Dihubungi, Jasad Rider Ditemui Dalam Semak Buat Ramai Sebak

Menunggang motor berseorangan terutamanya untuk perjalanan yang jauh tentu mempunyai pelbagai risiko dan sebab itulah kita sering diingatkan agar berkongsi ‘live location’ bersama insan yang tersayang agar keberadaan kita dapat diketahui.
Iospital phone repair gombak
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki yang dikenali sebagai Azran bin Rahmat dikatakan hilang dan tidak dapat dihubungi selama 2 hingga ke 3 hari.

Namun apabila misi pencarian dilakukan di jalan yang dilakui, terdapat kesan seret tayar yang mencurigakan.


Siapa sangka, akhirnya segala tanda tanya terjawab apabila jasadnya ditemui di kawasan semak berdekatan selekoh.

Rupanya dia terlibat dalam satu nahas jalan raya dan tidak disedari oleh orang yang lalu lalang.

“Motor yg ditunggang mungkin terbabas atau faktor lain. Kes masih dlm siasatan. Faktor tempat kejadian jln berselekoh, kiri kanan jln agak semak.”


Sekadar info, jenazah di bawa Hospital Grik dan akan disemadiakan di Kuala Ketil.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut simpati melihat nasib lelaki tersebut malah akui jalan berkenaan agak berbahaya apatah lagi bila menunggang motor secara solo.

Bukan itu sahaja, netizen juga sempat berpesan agar orang ramai berkongsikan live location dengan kenalan rapat atau ahli keluarga jika perlu menunggang motor atau memandu ke satu tempat yang jauh dan berseorangan.

Netizen turun menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan agar rohnya lelki tersebut dicucuri rahmat serta ditempatkn dikalangan ornag-orang yang beriman.

Antara komen warga maya:

“Innalillahiwainnailahirojium.. salam takziah.. Al Fatihah (Dibaca)”

“Alhamdulillah dah jumpa, moga Allah permudahkan semua dan angkat roh sahabat bersama para orang soleh.. moga keluarga arwah tabah, kuat dengan ujian ini.. ”

“Jalan grik Jeli dia punya lobang memang tak hingat punyelah,, bertahun2 dah begitu tidak diselenggara dengan baik..”


Tekan sini untuk lihat perkongsian asal di laman Facebook

Kami bagi pihak YOY Network mengucapkan salam takziah buat keluarga mangsa dan mendoakan agar roh Azran Bin Rahmat ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah (Dibaca)