Wanita Pandu Mercedez Benz A Class Ditahan, Culas Bayar Tol 45 Kali Sehingga Tunggak Lebih RM200

Sebagai pengguna jalan raya yang berhemah, kita haruslah mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.

Iospital phone repair gombak

Jikalau tidak, tindakan tersebut bukan sahaja memberikan implikasi buruk terhadap diri kita malah pengguna lain turut menerima impak daripada tindakan tersebut.

Terbaru, seorang wanita yang dipercayai pemandu kereta jenis Mercedes-Benz A-Class berwarna hitam telah ditahan.

Difahamkan, wanita tersebut telah ditahan oleh pihak konsesi tol PROLINTAS AKLEH (PROLINTAS) kerana telah didapati menculas bayaran tol sebanyak 45 kali.

Berdasarkan ciapan yang dibuat oleh @AKLEHtrafik, wanita itu telah menculas bayaran tol sehingga tunggakannya mencecah RM 275.65.

“#AKLEH • , ! Dah 2023 perangai masih tak berubah. Lagi pengguna culas bayar tol ditahan,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, wanita itu dikatakan telah membayar tunggakan itu serta merta.

“45 kali terlepas bayar tol, jumlah tunggakan RM275.65 telah dilangsaikan serta-merta #kantoi

“Jadikan ini iktibar ya, jangan tiru aksi tidak bermoral ini. Anda bukan saja menceroboh, perbuatan ini juga membahayakan kenderaan lain,” tulis pemilik akaun Twitter tersebut mengenai situasi yang tular itu.

Meninjau di ruangan komen, warga netizen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan wanita itu.

Hal ini demikian kerana walaupun wanita itu mampu memandu sebuah kereta jenama Mercedez, akan tetapi dia masih mahu menculas tol yang harganya jauh lebih murah daripada kereta yang dipandunya itu.

Antara komen netizen:

Ciapan Twitter yang tular: