Naikkan 50 Sen Untuk Setiap Menu, Peniaga Luah Rasa Sedih Pelanggan Mula Kurang

Menjadi seorang peniaga bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi bila harga barangan pada masa kini kian meningkat saban hari.
Iospital phone repair gombak
Pastinya ramai diantara peniaga akan berasa serba salah untuk menaikkan harga demi meraih keuntungan dan memastikan ianya ‘balik modal’.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang peniaga kecil meluahkan rasa sedihnya apabila pelanggan mula kurang mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @_abejoe212, lelaki ini yang menjual beberapa makanan Thai seperti kerabu maggi terpaksa menaikkan harga pada setiap menu yang ada.

Tak terlalu tamak, dia memutuskan untuk menaikkan harga sebanyak 50sen sahaja untuk setiap menu.

Namun apa yang membuatkannya sedih adalah, dia menyedari pelanggan mula berkurangan sejak dia menaikkan harga dan akui sambutan tidak semeriah dahulu.

Difahamkan, dia tekad menaikkan harga apabila barangan mentah telah meningkat dalam 30 hingga 50 peratus.


Akan tetapi, ramai dikalangan peniaga yang seakan tidak faham masalah yang rata-rata peniaga hadapi.

Meninjau di ruangan komen, warga netizen simpati melihat nasib lelaki ini dan peniaga kecil yang lain.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang dari kalangan peniaga akui turut berdepan dengan masalah yang sama namun pada mereka, itu bukanlah salah pembeli namun kuasa membeli yang berkurangan kerana pembeli hanya membeli keperluan daripada kehendak.

“Saya pun berniaga juga. Bukan pelanggan yang slow tapi kuasa beli yang berkurangan. Membeli atas keperluan sahaja.”, jelas seorang pengguna.

Sememangnya kenaikan harga memberikan kesan negatif bukan sahaja pada peniaga malah pada seluruh rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah.

Antara komen warga maya:

“Saya lebih suka orang naikkan harga sikit berbanding tak naikkan harga tapi dia kecikkan kuantiti”

“Bukan pelanggan tak faham, tapi pelanggan pun takde duit, aku sendiri pun masak dekat rumah..”


“Bertabah lah kita peniaga macam2 dugaan yang datang.. semoga kita dipermudahkan segala urusan”

“Tak salah buat harga naik.. memandangkan harga barang sekarang bukannya turun, meningkatt je ada”

“Saya rasa benda yang sama.. barang mentah mahal.. pendapatan berkurangan…”


Video yang tular di laman TikTok:

@_abejoe212MAHAL KE SY NAIKKAN 50SEN SETIAP MENU.😔😔😔😔♬ bunyi asal – AbeJoe212