Sanggup Bangun 4 Pagi Demi Konsert Billie Eilish, Video TikTok Wanita Ini Raih Perhatian Netizen

Seperti yang kita tahu, konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022 akan berlangsung pada malam ini pada pukul 8:30pm di Axiata Arena, Bukit Jalil. Pastinya ini saat yang paling dinanti-nantikan oleh peminat penyanyi kelahiran Los Angeles, California, Amerika Syarikat apatah lagi ini merupakan konsert sulungnya di Malaysia.

Ketibaannya bersama pasukan, termasuk abangnya, Finneas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) nyata membuatkan ramai teruja apatah lagi baru-baru ini video Billie bersiar-siar di pusat beli-belah Plaza Sungai Wang turut bertebaran di media sosial.

Kini, tular di laman TikTok dimana ada peminat Billie sanggup bangun seawal 4 pagi untuk beratur ke konsert tersebut dan berjaya mendapat kedudukan nombor 10 dalam barisan.


Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok @constipatedvegetable, dia juga hanya bersarapan mi segera ‘hot cup’ di perkarangan stadium malah sempat melihat pemandangan matahari terbit bersama peminat yang lain.

Tidak cukup dengan itu, wanita ini juga berkongsi sebuah kertas yang dijadikan origami kapal terbang dan di dalamnya dituliskan nota buat Billie. Difahamkan, wanita ini ingin menerbangkan origami tersebut ke atas stage sewaktu pemenang Anugerah Grammy itu membuat persembahan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pandangan masing-masing mengenai perkara tersebut, ada yang memberikan komen yang positif namun ada juga sebaliknya.

Antara komen warga maya:

“mula kan pagi anda dengan queue dan maggi”

“nasib baik takde napsu nak gi tempat2 crowd macam ni sampai sanggup beratur”

“4 am dah beratur habistu aku yang pergi jugak ni masih berak lagi dekat rumah nak kena buat apa”

“bayangkan kalau semua orang bangun pukul 4 pagi untuk ke masjid..”

Video yang tular di laman TikTok:

@constipatedvegetable little update on the waiting line for standing zone #billieeillish#happierthanevertour#billieeillishmalaysia ♬ original sound – Nadia