Bangga Ada ‘Cable’ Anggota Polis, ‘Mat Rempit’ Tunjuk Abang Bantu Keluar Motor Dari Balai

Seperti yang kita tahu, jika individu yang tidak bertanggungjawab melakukan kesalahan jalan raya, motor akan disita dan sudah tentu ianya memerlukan masa dan prosedur untuk dikeluarkan semula daripada balai polis.

Bagaimana pun, lain pula cerita tentang ‘mat rempit’ ini yang bangga mempunyai ‘cable’ iaitu abangnya sendiri untuk keluar daripada masalah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naiknya di laman TikTok, lelaki yang ‘melabelkan’ dirinya mat rempit itu meluahkan rasa bangga apabila abangnya yang merupakan seorang anggota polis membantu mengeluarkan motor kepunyaannya dari balai.

Difahamkan, motorsikal tersebut telah pun disita oleh pihak berkuasa namun lelaki itu berjaya membawanya keluar semula hasil pertolongan abangnya yang merupakan seorang anggota polis.


Difahamkan, video tersebut telah pun dipadam setelah teruk dikecam oleh orang ramai namun ianya dimuat naik semula oleh seorang pengguna twitter iaitu @Lissalaila untuk memberi pengajaran kepada semua orang.

Bagi mengelakkan salah faham, pengguna Twitter ini menegaskan dia tidaklah mahu menutup periuk nasi orang lain namun apa yang dilakukan anggota polis itu adalah salah di sisi undang-undang.

Sudah terang lagi bersuluh abangnya itu menyalah gunakan kuasa dan memberikan mencemarkan nama baik badan beruniform itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap lelaki tersebut yang menyalahgunakan kuasa sehingga ramai berasa tidak adil dan hilang hormat.

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap pihak polis itu dikenakan tindakan susulan atas kesalahan yang telah dilakukan.

Antara komen warga maya:

Video yang tular di laman Twitter: