“Sampai terbalik member” Diganggu Ketika Solat, Kucing Tendang Budak Lelaki Ini Sehingga Jatuh Tergolek

Terdapat banyak sebab mengapa haiwan seperti kucing ini sering menjadi perhatian dan popular dikalangan masyarakat untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Selain daripada memiliki penampilan fizikal yang comel dan gebu, binatang ini turut membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya terpikat untuk dijadikan sebagai teman istimewa apatah lagi sejenis sukakan perhatian dari manusia untuk bermanja.

Namun ada kalanya ‘manja’ mereka ni sehinggakan ajak bergurau tidak kena tempat dan waktu.

Seperti video yang tular baru-baru ini dimana seorang budak lelaki diganggu kucing ketika sedang solat mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @bhintank, kelihatan budak lelaki tersebut dan ayahnya sedang solat berjemaah di rumahnya.

Dapat kita lihat, si bulus itu dengan selamba baring di atas sejadah yang digunakan.

Ketika mereka hendak sujud, kucing tersebut dilihat menggangu budak lelaki itu sehingga jatuh tergolek.


Tidak berputus asa, kanak-kanak itu tetap sujud sekali lagi namun dengan rasa tidak bersalah kucing itu menendang kepalanya bahkan situasi lucu itu membuatkan ibunya tidak dapat menahan ketawa.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat kucing tersebut yang mengganggu tuannya sedang solat malah ‘berani’ menendang kepala kanak-kanak itu.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga berseloroh mungkin bapanya sujud dengan tempoh masa lama kerana tidak dapat menahan ketawa lihat anak diganggu kucing.

Antara komen warga maya:

“lama bapak dia sujud tu tahan gelak ke? hahaha”

“anak ini mengajar sebesar apa pun masalah yang menumbangkan kita tetaplah bersujud kepada sang pencipta..”


“adiknya penyabar bangat salute tetap lanjut solatnya”

“ajaran orang tua yang hebat.. si anak tetap berusaha melanjutkan ibadahnya meski diganggu kucing dan tidak membalas”

“aduh kucing ni pun.. kesian adik.. ayah puas tahan gelak tu”

Video yang tular di laman TikTok:

@_bhintank_ mau batal pun nanggung,udah rakaat terakhir😩#kucingnakal #kucingbrutal #kucingreog ♬ original sound – 빈