Pelanggan Jumpa Sepapan Ubat Stapler Dalam Makanan Buat Netizen Ngeri

Bukannya isu yang baharu kita dengar mengenai bendasing yang ada di dalam makanan yang dibungkus lagi-lagi ubat stapler kerana ianya sering digunakan pada bungkusan makanan.

Selalunya kita lihat, hanya satu dakwat stapler sahaja itupun kerana termasuk dalam makanan selepas kita buka bungkusan.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pelanggan menemui sepapan dakwat stapler di dalam makanan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik, difahamkan wanita tersebut baru sahaja pulang ke rumah dari membeli makanan tradisi Indonesia itu di sebuah kedai.

Pun begitu, dia menemui isi yang pelik ketika menggigit isi lemper itu yang kebiasaannya daging lembu ataupun ayam.

Alangkah terkejutnya apabila pelanggan tersebut menemui sepapan ubat stapler berbentuk segi empat tepat yang diperbuat daripada logam.


Walau bagaimanapun, dia tetap bersangka baik selepas menemui objek tersebut.

Meninjau di ruangan komen rata/rata warga netizen berang dengan sikap cuai peniaga yang boleh membahayakan nyawa pembeli jika tertelan ubat stapler tersebut.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berpendapat mungkin peniaga tidak perasan dakwat stapler itu termasuk dalam makanan tersebut.

Ya Allah seramnya,” kata pengguna @besek_khasjogja.

Kalau jadi dekat saya, saya akan beritahu kepada penjual. Boleh meninggal dunia kalau orang makan lemper ni,” kata pengguna @sayhellotodimas.

Kaya dengan zat besi,” kata pengguna @nycoghost203.

Ngerinya kalau tertelan,” kata pengguna @nifamuchtarr.

Auto jadi Ironman nanti,” kata pengguna @roihan_edy05.