“Sampai masuk TV seberang,” Netizen Indonesia Tidak Senang Dengan Video Hafiz Mahamad

Beberapa hari lepas, seorang usahawan muda yang terkenal di laman Instagram, Hafiz Mahamad telah berkongsi kisah seorang sahabat sejatinya.

Rakaman video kisahnya bersama sahabat itu telah menarik perhatian ramai pihak.

Namun begitu, netizen dikejutkan dengan berita pemergian sahabat baiknya itu baru-baru ini.

Malah, Hafiz berkongsi video perjalanannya ke kediaman rakan karibnya yang telah meninggal dunia dan juga sempat merakam pengebumian rakannya.

Ekoran perkongsian itu, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan Hafiz yang merakam dan juga berkongsi video tersebut.

Bahkan, lebih mengejutkan lagi apabila video tersebut telah tular ke negara seberang, Indonesia.

Seorang netizen turut memuanaik video yang menunjukkan isu tersebut turut mendapat perhatian sehingga disiarkan di TV Indonesia.

Rata-rata netizen Indonesia turut melahirkan rasa kurang senang dan mempersoalkan tindakan Hafiz memuat naik video tersebut.

Di dalam laman Instagram, Hafiz telah menjelaskan video tersebut bukanlah ‘marketing’ atau semata-mata konten di Instagram miliknya.

“Saya menjaga dia sejak awal dia sakit, saya call dia & keluarga setiap hari ketika dia tak sedarkan diri.

“Sekarang bila dah takde, saya cuba jaga keluarga dia pulak & Alhamdulilah keluarga dia minta saya gantikan tempat “sahabat” untuk masuk menjadi keluarga mereka. Dimana demi sebuah content atau marketing?

“Saya tak pandai nak bentang hadis, saya kurang ilmu agama. Sayang, saya ada sahabat ramai dalam social media & selama ni tak mampu nak share benda yg baik sbb kurang ilmu agama.

“Tapi, saya tak boleh nak tunggu untuk jd perfect. Walaupun kurang ilmu agama, saya usaha untuk share benda baik yg boleh diikuti.

“Sebab dulunya saya berubah kerana ada posting yg baik Bukan salah kamu & orang lain. Itu cara kamu melihat saya & says terima Ada yg melihat & dpt manfaat.

“Ada yg melihat & nampak saya yg bukan bukan Apa pun, says minta maaf & saya tahu niat hati sebenar saya. Saya minta maaf & terima kasih.”