[VIDEO] “Berdekah gelak, lawak betul Cik B,” Cik B Jadi Ibunya, Datuk Seri Vida Buat Netizen Tak Kering Gusi

Rancangan Muzikal Lawak Superstar telah pun kembali untuk musim yang kedua yang dibarisi juri hebat seperti Awie, Fazura dan Zul Ariffin.

Kali ini paling menjadi perhatian ramai anak usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B.

Tampil menerusi kumpulan ABC terdiri daripada Achok dan Chiwan (Chilok) serta Cik B ternyata pesembahan mereka mendapat lima bintang daripada pihak juri.

Malah, sebaik sahaja Cik B muncul di pentas, ramai yang sudah berdekah melihat gayanya yang tersendiri dan menghiburkan. Para juri juga turut dilihat ketawa dengan lawak Cik B.

Menerusi satu muat naik di Instagram Astro Gempak, turut dikongsikan sedutan pendek persembahan Cik B yang membuatkan satu dewan terhibur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Melihatkan persembahannya itu, rata-rata netizen mengatakan mereka tidak sangka Cik B pandai berlawak dan mungkin boleh melangkah lebih jauh dalam bidang ini.

Mama suruh

Sebelum ini, selepas bergelar pelakon dan penyanyi, Cik B mencuba nasib di pentas program Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2).

Menurut Cik B, ibu kesayangannya yang banyak memberi galakan dan semangat untuk menyertai MLS2. Dia menyertai pertandingan ini dengan menjadi salah satu anggota kumpulan ABC.

“Saya sertai MLS2 sebab mama yang suruh. Sebenarnya saya juga berasa gembira diberi peluang untuk sertai program berkenaan.

“Bukan semua orang boleh masuk program ini jadi rasa gembira bila saya dapat sertai. Satu pengalaman yang baharu.

“Saya dah bersedia dan saya juga harap dapatlah bertahan sampai top 3,” ujarnya kepada Gempak.

Selain Cik B, kumpulan ABC juga turut disertai oleh Chiwan dan Achok.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CHIWAN_CHILOK (@chiwan_chilok)

Muzikal Lawak Superstar 2 kali ini dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.

Manakala pelakon Nur Fazura, Zul Ariffin dan Datuk Awie pula dipilih untuk menjadi juri tetap MLS2.

MLS2 bersiaran bermula 18 Disember setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.