[VIDEO] “Ini kali terakhir aku datang sahabat,” Hafiz Mahamad Imamkan Solat Dan Kebumi Jenazah Sahabat

Usahawan muda terkenal iaitu Hafiz Mahamad berkongsi berita duka apabila sahabat baiknya, Loh atau nama sebenarnya Wan Mohd Abdullah Wan Mohd Noor telah meninggal dunia, pagi tadi.

“Sahabat saya Loh baru saja meninggal dunia pagi tadi. Jadi, 10 pagi saya akan ke Kelantan.

“Masa terakhir saya jumpa, masa tu saya dah tau berapa lama jangka hayat dia boleh bertahan. Sebab saya ada juga tanya jururawat,” katanya menerusi Instagram Stories.

BACA: [VIDEO] Baru Hadiahkan Wheelchair Elektrik, Hafiz Mahamad Sebak Loh ‘Pergi’ Dijemput Ilahi

Terbaru menerusi perkongsian di laman Instagram, Hafiz memuatnaik video dia bersama sahabat lain pergi ke Kelantan untuk menguruskan jenazah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

“Ini kali terakhir aku datang sahabat. Subuh tadi saya terima call sahabat saya loh dah tak ada

“Ya Allah, sebak & terkejut terus hati saya. Saya terus beli ticket flight & fly ke Kelantan

“Keluarga sahabat semua tunggu saya sampai untuk uruskan jenazah

“Waktu di Airport, menitis air mata saya. Rindu & cinta sangat dkt sahabat saya. Bila sampai di Kelantan terus ke bilik Jenazah, Ya Allah saya tak boleh tahan lagi diri ni

“Sahabat yg membesar & selalu sokong. Sekarang berada dalam kain kafan & saya hanya mampu rasa tangan sahabat dgn sentuh kain kafan tu.

“Tangan sahabat tu lah yg selalu angkat doa & usap kepala saya dulu untuk tenangkan saya

“Ada hikmah sebelum ni saya ada wakafkan van jenazah di masjid kampung saya. Harini, saya gunakan van tu untuk bawa sendiri jenazah sahabat saya loh

“Sampai di Masjid, saya imamkan solat jenazah. Orang orang kampung saya ramai sangat datang untuk solat

“Takbir pertama saya okay, takbir seterusnya. Saya start menangis, sebak, badan saya menggigil & suara saya tak dapat tahan lg sebak tu

“Saya ke kubur, saya turun ke liang lahat. Saya nak sentuh & rasa tubuh sahabat saya hingga ke penamat

“Loh, aku dh laksanakan janji aku dkt mu sebagai sahabat. Dari mu sakit sampai ke penamat, aku ada dgn mu. Sebab apa?

“Sebab aku tahu mu nampak aku & aku nak mu tahu aku betul betul nak jadi sahabat mu dunia akhirat

“Tiba waktu aku nanti loh. Selepas mu tarik keluarga ke syurga, tarik lah aku ke syurga wahai sahabat. Tenanglah mu ktsana

“Aku disini akan terus berjuang untuk keluarga, team, orang memerlukan & sahabat sahabat kita yg lain loh

“Ini semua Kejayaan Demi Kebahagiaan. Jumpa mu nanti disana nanti.”