Datang Majlis Ilmu, Pakcik Sempat ‘Spin’ Sambil Tunggu Penceramah Buat Netizen Terpinga

Dari kecil lagi kita telah diajar untuk beradab ketika berada di masjid malah meluangkan masa yang ada dengan beribadat dan membuat perkara yang bermanfaat.

Iospital phone repair gombak

Bukan itu sahaja, sering kali juga pihak masjid menjemput penceramah untuk memberikan sedikit ilmu tentang agama kepada semua jemaah.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini di mana seorang pak cik sempat bermain permainan judi online di dalam masjid ketika sebuah majlis ilmu sedang berlangsung raih perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @fazil_kechik itu, kelihatan beberapa orang jemaah lain sedang duduk di majlis ilmu sambil menunggu penceramah tiba.

Pun begitu, dapat kita lihat salah seorang daripada jemaah yang ada di situ dengan selamba bermain permainan judi di telefon bimbit sambil disorokkan sedikit pada pakaiannya.

Tingkah laku pak cik tersebut jelas tidak baik dan tidak menghormati kesucian tempat ibadah tersebut.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video ini telah meraih sebanyak tontonan, 47.1K tanda suka dan 652 komen.

Meninjau di ruangan komen, warga netizen memberikan pandangan masing-masing mengenai tindakan pakcik tersebut dan rata-rata daripada mereka berpendapat perkara tersebut tidak wajar serta jelas haram di sisi islam.

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang berseloroh mengatakan pakcik tersebut sedang mengejar dunia dan juga akhirat memandangkan dia datang ke majlis ilmu tetapi melakukan perkara yang terpesong dari syariat islam.

Antara komen warga maya:

“jiwa fighter…dlm hati “dh mai tmpat mcm ni mana tau ada rezeki””

“Pakcik : aku dh dtg ceramah ni kalau tak jackpot aku tak thulah”


“Kesian sedang kt sana benda lain disoal sekali jee tp bab harta 2benda disoal. 1 dari mana ia dpt, 2 kemana ia dibelanjakan”

“lawan tetap lawan.. itu pasti bet tinggi tu smpai ke tempat itu menekannye jgn memain..”

Video yang tular di laman TikTok:

@usernameg0n3_ hm pakcik tu memang fighter #fyp #fypシ ♬ original sound – ZORO 乂 – user59975621091