“Saman je, nanti saya bayar” Takut Sport Rim Calar, Pemuda Letak Nota Minta Pihak Berkuasa Jangan ‘Clamp’ Raih Perhatian

Bila kita nak cepat untuk pergi ke satu destinasi namun cari parking pula tak jumpa, pastinya kita akan parking sahaja di mana-mana kawasan yang selamat.

Pun begitu, ada juga kawasan yang dilarang parkir dan akan di ‘clamp’ sekiranya meninggalkan kenderaan di tempat tersebut.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini seorang pemandu kereta berwarna merah ini meninggalkan sekeping nota di cermin kenderaannya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nzx, dapat kita lihat kenderaan tersebut hanya parking di tepi jalan sahaja mungkin kerana puas mencari parking tapi tidak jumpa.

Apa yang menjadi perhatian warganet ialah terdapat satu notis yang diletakkan di atas kenderaannya itu.

“Jangan clamping, saman je, nanti saya bayar.”

Difahamkan, pemandu tersebut lebih sanggup disaman dari membiarkan tayarnya di’clamp’ pihak berkuasa kerana terlalu sayangkan ‘sport rim’ keretanya itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tak boleh ‘relate’ kerana ianya dianggap terlalu ‘kayangan’ buat mereka yang hanya redha apabila di clamp.

“mesti dia nk cpt sbb tu xbg clamp..nnt nk buka ambik masa”- Netizen

Dalam masa yang sama netizen juga berfikiran positif mungkin dia sudah puas mencari parking dan mempunyai urusan penting sehingga perlu berbuat demikian.

Berikut merupakan komen warga maya:

“wow.. kayangan sangat”

“member siap prepare print siap2”


“dia sayang spotrim je.. baik dia saman dari clamp”

“sayang wooo rim tuuu.. calar menangis dia”

“sportrim calar order jauh tu mungkin lagi mahal dari saman”

Video yang tular di laman TikTok:

@amruu.a♬ suara asli – andre