Dakwa Rawatan Lampu Biru Sembuhkan Kanser, Keluarga Pesakit Kecewa Ada Yang Ambil Kesempatan

Sembuh daripada kanser bukan lah satu perkara yang mudah namun ianya juga tidak mustahil.

Pun begitu, ada juga segelintir pihak yang dikatakan mengambil kesempatan keatas pesakit kanser.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki yang dikatakan pesakit kanser paru-paru menjalani terapi untuk rawatan kanser dengan menggunakan mesin khas oleh seorang individu mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, mesin tersebut katanya mampu merawat pesakit kanser dan selepas tiga kali rawatan, pesakit yang sebelum ini terlantar sudah mampu untuk duduk.

Hal tersebut sekaligus menjadi tanda tanya ramai bahkan terkejut dengan perkongsian itu.

Manakan tidak, tak masuk akal mesin biru tersebut boleh merawat kanser sedangkan pesakit kanser yang lain berhempas pulas melakukan pelbagai rawatan termasuklah chemotherapy.


Netizen juga meminta agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan segara terhadap isu tersebut.

Lebih mengejutkan, ada sebuah lagi perkongsian dari @dilladontdodat, dia mendedahkan bahawa pesakit dalam video tersebut merupakan bapa kepada kawan baiknya yang bernama Azie dan juga berkongsi perbualannya bersama rakannya berhubung video tular itu.

Menerusi perbualan itu, rupa-rupanya video tersebut diambil tanpa pengetahuan dan izin keluarga pesakit bahkan mendakwa keadaan pesakit itu tidak membaik dan akui tidak percaya dengan rawatan itu.

“Saya tidak mempercayai rawatan itu dan membiarkan sahaja ibu menguruskan memandangkan mereka kawan ayah.

“Gambar duduk itu sebenarnya diambil apabila Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat pemeriksaan elektrik dan ayah mampu duduk selepas mendapat pertolongan fisioterapi.”


“Mereka sanggup datang ke rumah biarpun pada waktu malam dan kami memang tidak mempercayai rawatan itu, tetapi ayah biarkan sahaja.

“Setelah muncul video ini, perkara itu membuatkan kami marah,” jelas Azie.

Video yang tular:

Perkongsian @Dilladontdodat: