“Salah target” Perompak Lari Lintang Pukang Selepas Juruwang Ambil Katu Besbol Buat Netizen Puas Hati!

Jenayah merompak bukanlah satu perkara yang baharu malah seringkali kita dengar di media sosial ramai individu yang tidak bersalah menjadi mangsa. Ada yang ditetak hidup-hidup, ada yang tewas terkena tembakan malah ada juga yang hanya cedera ringan.
Iospital phone repair gombak
Perompak ini akan melakukan apa sahaja demi mendapatkan harta benda orang awam dan antara sasarannya adalah kedai runcit, kedai serbaneka 24 jam, rumah yang sunyi dan banyak lagi.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana dapat kita lihat dua orang perompak seakan ‘tersalah langkah’ mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @waiisyg69, dapat kita lihat dua orang lelaki itu masuk ke dalam kedai runcit dan mengambil dua botol coca cola.

Namun situasi bertukar cemas apabila kedua-dua perompak tersebut mengeluarkan senjata dan menyerang wanita berkenaan serta mengugutnya untuk menyerahkan kesemua wang yang ada.

Apa yang membuatkan ramai kagum adalah perempuan tersebut berjaya mengeluarkan kayu besbol dan cuba mempertahankan diri sebelum mengejar perompak.


Menerusi rakaman CCTV, dapat kita lihat dua lelaki tersebut yang lengkap memakai helmet lari lintang pukang sebelum menaiki motosikal untuk beredar dari kawasan tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan keberanian yang juruwang wanita ini sekaligus puas hati melihat perompak tersebut yang lari tak cukup tanah.

Bukan itu sahaja, netizen juga akui juruwang terutamanya wanita perlu menyediakan satu barangan yang boleh dijadikan senjata sekiranya berdepan dengan situasi yang sama.

Antara komen warga maya:

“Wow berani dik.. salah orang diorang rompak..”

“Berani betul dia.. syukur tak ada apa2”


“Dasyat jangan pandang sebelah mata walaupun gadis yer.. keberanian semangat nak melawan penyamun macam tu memang abang salute!”

“Mencecet depa lari haa terkangkang2 naik naik motor”

“Banyak2 video paling aku bangga.. aku sangat2 puas hati.. senang hati aku tengok..”

“Aku waktu kerja seven e pun kena rompak.. 2 orang pakai helmet macam ni la..”

“Kedai 24 jam.. selagi customer tak buka helmet jangan bagi masuk”


Video yang tular di laman TikTok:

@waiisyg69♬ Unstoppable (I put my armor on, show you how strong I am) – Sia