“The real sultan” Khairul Aming & Sambal Nyet Team ‘Turun Padang’ Bantu Mangsa Banjir Raih Perhatian Ramai

Musim tengkujuh sering melanda negara kita pada setiap penghujung sehingga mampu menyebabkan bencana banjir di beberapa kawasan.

Iospital phone repair gombak

Ekoran itu, terdapat ramai pihak termasuklah kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan mahupun sukarelawan yang turut turun padang membantu mangsa-mangsa banjir ini.

Khairul Aming, seorang influencer terkenal dengan masakannya baru-baru ini berkongsikan pengalamannya bersama sebahagian pasukan daripada Sambal Nyet menghantar barangan keperluan kepada mangsa-mangsa banjir yang bertempat di Rantau Panjang, Kelantan.

Dikatakan, bantuan kali ini merupakan bantuan kali kedua mereka ke sana untuk menghantar barang-barang keperluan misalnya seperti sumber makanan dan minuman buat 500 mangsa bencana alam itu.

Bahkan, Khairul Aming turut menyatakan bahawa pasukannya juga menyediakan barang-barang lain yang penting selain daripada makanan dan minuman untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.

“Sekarang banjir dah mula surut, jadi kita bawa bantuan kedua, yang mana bantuan barang-barang asas. Kali ini, kita belikan bantal, toto, tikar, kain sarung, kain batik, cerek elektrik, periuk nasi dan macam-macam lagi benda yang kita bawa,” terangnya.

Menurut Khairul Aming, hampir kesemua rumah rosak dipenuhi selut sehingga mengakibatkan kawasan-kawasan di sekitar Rantau Panjang mengalami kesan selepas banjir yang teruk.

Tidak cukup dengan itu, ada juga beberapa mangsa yang mengalami kerugian kerana perabot-perabot rumah rosak akibat ditenggelami banjir.

“Ada yang rosak kereta, motosikal. Sebabkan itu, mereka ini sangat-sangat memerlukan bantuan daripada kita semua,” tambahnya lagi.

Melalui kenyataan Khairul Aming, dikatakan masih terdapat beberapa kawasan yang masih ditenggelami air menyebabkan mereka terpaksa membawa barang-barang tersebut dengan menaiki sampan.

Dalam pada itu, Khairul Aming memohon agar orang ramai bersama-sama berganding bahu dalam menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir sebagai usaha bagi membantu meringankan beban mereka.

Menjengah di ruangan komen, warga netizen berterima kasih kepada Khairul Aming dan Sambal Nyet team kerana usaha mereka yang keras dalam membantu mangsa-mangsa banjir.

Antara komen netizen:

“terbaik khairulaming & team sambal nyet! semoga dipermudahkan setiap urusan. terima kasih bantu geng2 pantai timur ❤️”


“Hanya Allah sahaja boleh membalas jasa baik kalian. Semoga terus sihat dan dimurahkan rezeki. Amin”

Video TikTok yang tular:

@khairulaming

Kelmarin sebahagian dari team Sambal Nyet turun ke Rantau Panjang, Kelantan untuk salurkan bantuan banjir. Kita cuba bawa sebanyak mungkin bantuan untuk kurangkan beban mangsa banjir kat sana 🙏🏻

♬ original sound – Khairulaming