Pisah Sebab Arah Lain, Gelagat Budak Perempuan ‘Fying Kiss’ Ketika Pulang Sekolah Buat Ramai Terhibur

Bila diimbas kembali, zaman childhood sangatlah seronok apatah lagi bila teringat ketika di alam persekolahan.

Itu belum lagi masuk bab cinta monyet, pasti ramai yang akan tersenyum jika terkenang kembali. Manakan tidak, bila ada sahaja yang confess, terus akan bercinta.
Iospital phone repair gombak
Mula daripada situ, tentu mereka akan rehat bersama, belajar bersama, balik pun sama sama.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat dua orang budak sekolah ini mencuit hati ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @sosiskenzler0, dapat kita lihat wanita ini sempat merakam moment seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan yang lengkap memakai pakaian sekolah sedang berjalan pulang.

Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah kanak-kanak perempuan dilihat sempat memberi flying kiss dan membuatkan rata-rata netizen tak keruan melihatnya.

“Cinta dipisahkan oleh arah rumah”- Netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terutamanya yang masih solo jealous malah ada juga yang berseloroh mengatakan percintaan mereka bukan dipisahkan oleh orang tua malah dipisahkan dengan arah rumah yang berlainan.

“Weh aku yang blushing. Comel sangat ni dik” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman lucu mereka ketika zaman cinta monyet.

Antara komen warga maya:

“Kalau macma ni aku pun takde.. cuteness overload”

“Sampai hati adik memang dunia ni milik adik berdua pun”


“Akak pernah macam tu dik, sampai masuk sekolah menengah pun still takleh move on, lepas dapat no dia, akak chat dia, tup tup dia maki akak and suruh akak move on”

“Sudahlah kamu dik, PULANG LAA PULANGGGG”

Video yang tular di laman TikTok:

@sosiskenzler0Cinta dipisahkan oleh arah rumah♬ original sound – ᵃ ʸ ᵇ ᵃ ⁿ – ᶜ ʰ ˡ ˡ ˣ ᵉ ᵈ ⁱ ᵗ ˢ

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 10.6M tontonan, 1.5M tanda suka, 34.7K komen, 117.1K simpanan dan 53.7K perkongsian.