“Sakitnya itu hanya Allah yang tahu,” Aaron Aziz Solat Jenazah Ibu Tanpa Keluarga Lain Kerana…

Pelakon, Datuk Aaron Aziz mengakui dirinya berasa agak sedih apabila hanya berkesempatan untuk menunaikan solat jenazah ibunya tanpa kehadiran ahli keluarganya yang lain. Langkah tersebut dibuat bagi mematuhi prosedur operasi standart (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dikala penularan wabak Covid-19 ini. Menurut Aaron, hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana sakit perasaannya pada ketika [...]

Pelakon, Datuk Aaron Aziz mengakui dirinya berasa agak sedih apabila hanya berkesempatan untuk menunaikan solat jenazah ibunya tanpa kehadiran ahli keluarganya yang lain.

Langkah tersebut dibuat bagi mematuhi prosedur operasi standart (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dikala penularan wabak Covid-19 ini.

Menurut Aaron, hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana sakit perasaannya pada ketika itu.

“The pain of not being able to solat jenazah with your loved ones. Only ALLAH knows. Semoga Allah pelihara arwah Bonda tercinta ku dalam urusannya di Alam Kubur.

“Agar sejuk, lapang dan ditemani sesorang yang cantik dimana ia adalah Al-Quran yang Bonda sentiasa mengaji setiap hari sebelum dapati masalah mata.

“Allahummaghfirlaha warhamha wa ‘afihi wa’fuanha Love you Mummy. Forever and ever,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Ombak Rindu itu menerusi akaun Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on

Dalam pada itu, Aaron turut memanjatkan doa semoga Allah sentiasa memelihara ibunya itu hingga ke syurga kelak.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan takziah selain turut berharap agar Aaron tabah menghadapi dugaan ini.

Sebelum ini Aaron ada berkongsi berita pemergian ibunya pada 7 November.

“Innalillahwainailaihirojiuun Ya Allah take all my pahala from all my Umrah trips dan Selamat kan lah Ibu ku HjH Juriana Bte Jaafar dari seksa kubur Dan api neraka.

“Ambik lah segala kerja amal ku utk menemani Ibuku di Alam Barzakh. Dan tempatkan lah Ibuku di antara hamba hamba MU yg akan menikmati Jannahtul Firdaus A’la.

“Allahummaghfirlaha warhamha wa ‘afihi wa’fuanha Love you Mummy more than anything in this world.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on

Menerusi laporan Barita Harian, difahamkan, ibu kepada Aaron telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Sabtu di sebuah pusat perubatan swasta di Singapura akibat serangan jantung.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh isterinya, Datin Diyana Halik.

“Ya, Mummy meninggal dunia di hospital di Singapura akibat serangan jantung,”