Kandungan Bayi Kembar Kini 34 Minggu, Isteri Sheikh Muszaphar Terpaksa Masuk Wad

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar yang merupakan Angkasawan Negara telah memaklumkan bahawa isterinya yang kini mengandung bayi kembar terpaksa ditahan di wad sebuah hospital hari ini.

Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, Datin Dr. Halina kini perlu dipantau secara rapi berikutan bacaan tekanan darah dan gulanya tidak berapa stabil.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

“Kandungan Dr. Halina kini sudah berada pada 34 minggu, Alhamdulillah.

“Malangnya, dia terpaksa dimasukkan ke wad hari ini untuk pemantauan rapi berikutan bacaan tekanan darah dan paras gula tinggi yang mengakibatkan dirinya mengalami pembengkakan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

“Mengandung anak kembar, horman tidak akan stabil dan perlu dikawal,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam hantaran tersebut, Muszaphar memuat naik video dirinya bersama isteri menjalani ujian saringan Covid-19 yang menjadi syarat wajib bagi kemasukan ke wad.

“Bertabah sayang, Insya-Allah semuanya akan dipermudahkan. Doakan kami ya,” corentnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

Meninjau di ruangan komen, rata-rata mendoakan agar segala urusan Muszaphar dan isterinya bagi menimang anak kembar kedua mereka dipermudahkan.

Terdahulu, pasangan tersebut mendedahkan bakal menimang pasangan kembar kedua mereka pada tahun ini.

Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor mengumumkan akan menerima sepasang kembar buat kali kedua tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian Muszaphar sebelum ini, isterinya, Datin Dr Halina kini sedang hamil tiga bulan.

“Alhamdulillah. Syukur teramat. Dr Halina kini mengandung 13 minggu anak kembar.

“Saya hanya gembira, tidak dapat berkata-kata. Seperti Dejavu sekali lagi,” tulisnya.

Berita gembira itu dikongsikan menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya beserta foto lengkap bersama ahli keluarganya.

Tambah Muszaphar, dia dan isteri sentiasa menginginkan sebuah keluarga yang ramai.

Namun begitu, dia sedar mengandung anak kembar ini sangat berisiko berdasarkan pengalaman lalu yang dilalui oleh mereka berdua.

“Kami selalu mahukan keluarga besar. Tetapi mengandung anak kembar semasa hamil adalah risiko yang sangat tinggi seperti yang pernah kami alami sebelumnya.

“Mual berganda. Muntah berganda. Kembung berganda. Teringin berganda. Pendarahan berganda seperti yang pernah dialami isteri,” tulis ayah kepada empat orang anak ini.

Walaupun sedang berbadan dua, Dr Halina masih melaksanakan tanggungjawabnya sebagai barisan hadapan (frontliner) bagi merawat pesakit Covid-19.

“Sukar melihat Dr Halina melalui trimester pertama dan masih bekerja sebagai frontliner yang merawat pesakit Covid dan dia benar-benar layak untuk dihormati.

“Satu-satunya perkara yang dapat saya lakukan ialah menambah berat badan bersamanya yang merupakan sebahagian daripada perjanjian. Haha.

“Salam semua. Cinta seperti selalu. Sekadar berkongsi berita gembira. Jadilah kuat cintaku. Hanya bertahan di sana dan serahkan beban kerja anak-anak kepada saya,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

Dr. Sheikh Muszaphar telah mendirikan rumah tangga dengan isterinya Dr. Halina pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.